Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 Sebulan

Dalam belanjawan 2023 yang lalu kerajaan di bawah PMX telah melancarkan bantuan kerajaan Malaysia dalam bentuk kewangan untuk individu dan keluarga. Antara bantuan tersebut ialah ialah Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 sebulan.

Subsidi yuran taska sebanyak RM180 masih lagi terbuka permohonan bagi mereka yang layak. Jika dalam belanjawan sebelum ini had kelayakan ialah RM5,000 pendapatan isi rumah, kini kerajaan perpaduan di bawah PMX telah menaikkan had kelayakan iaitu sebanyak RM7,000.

Pemberian Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam

Bantuan Kerajaan Terkini dalam bentuk pemberian yuran subsidi taska sebanyak RM180 bagi seorang anak diberikan pada penjawat awam bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang perlu menghantar anak ke Taska.

Kadar subsidi ini akan dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi kerajaan terbabit di mana pegawai tersebut berkhidmat. Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya akan ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Sebagai contoh, En Lotfie dan Puan Awin mempunyai dua orang anak berumur bawah empat tahun. Pendapatan isi rumah mereka pula bawah RM7,000.

Jadi bagaimana mereka nak mohon subsidi yuran pengasuhan taska?

Senang je. Dalam hal ni En Lotfie mohon untuk seorang anak manakala Puan Awin mohon untuk anak yang sorang lagi. Ataupun salah seorang mohon untuk kedua-duanya sekali. Tiada masalah. Yang penting syarat kelayakan untuk mohon.

Antara Syarat Kelayakan Subsidi Yuran Taska

  • Penjawat awam dengan pendapatan isi rumah RM7,000 ke bawah
  • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
    • Jika anak lahir 24 Oktober 2019 maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA adalah sehingga 31 Disember 2023
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

Cara Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023

Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam

Taska tersebut mestilah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.

Dokumen Permohonan Subsidi Yuran Taska

Sila download borang permohonan Subsidi Yuran Taska dan isikan maklumat dalam borang tersebut.

Permohonan subsidi hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut

Salinan penyata slip gaji Subsidi Yuran Taska
  1. Salinan penyata slip gaji kerajaan pemohon
Salinan Sijil Kelahiran Yuran Taska
  1. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak
Subsidi Yuran Taska Salinan mykid

  1. Bagi anak angkat sila sertakan salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Untuk anak tiri pula, salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut
  3. Salinan penyata gaji suami atau isteri bagi menunjukkan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000.

Bagi suami atau isteri yang tidak berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai dimana permohonan subsidi yuran taska dibuat.

Pemohon mesti mengisi semula permohonan setiap tahun selewat-lewatnya 31 Disember untuk permohonan baru kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat.

Hanya anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska layak diberikan subsidi yuran taska ini. Sekiranya yuran taska melebihi RM180 sebulan, bakinya akan ditanggung oleh pegawai Perkhidmatan Awam tersebut.

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Saya ada 5 orang anak dan semuanya bawah 4 tahun. Adakah saya layak untuk subsidi yuran taska ini?

    Layak. Tiada had bilangan anak.

  2. Kalau saya nak hantar ke Taska selain dari tempat kerja boleh ke?

    Boleh. Tiada masalah asalkan taska tersebut berdaftar bawah JKM

  3. Saya kerja di Sabah, isteri saya pula kerja swasta di cyberjaya. Bolehkah saya hantar ke Taska di cyberjaya?

    Boleh. Tiada masalah. Yang penting syarat kelayakan dan syarat taska tersebut dipernuhi

  4. Saya dipindahkan ke bahagian perkhidmatan awam lain pada bulan Jun. Bolehkah saya mohon pada bulan Jun tersebut?

    Boleh. Asalkan umur anak tidak melebihi empat tahun ketika mendaftar.

Sumber: MOF

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

error: Content is protected !!