Cara Memohon Syarat Kelayakan Bantuan Am Persekutuan RM350

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kerajaan dalam bentuk kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan RM350

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan adalah sebanyak RM100 sebulan minimum seorang dan maksimum sebanyak RM350 untuk sekeluarga.

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Am Persekutuan

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini ialah

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Memohon Bantuan

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Oleh sebab ini adalah bantuan persekutuan maka calon yang layak hanya boleh memohon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja.

Sila layari laman web berikut mengikut tempat anda bermastautin

Kadar Bantuan Bayaran

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan persekutuan RM350 ini sila dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:

03-8882 4666
03-8882 9089

Atau laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di https://www.jkm.gov.my

1 thought on “Cara Memohon Syarat Kelayakan Bantuan Am Persekutuan RM350”

  1. Kepada j&t express ecp 314 likas sy mau Bertanya kenapa tidak ada penghantaran ke kawasan sy sedangkan alamat sy rumah bernombor susah jugak begini kena self pickup apa guna bayar penghantaran

    Reply

Leave a Comment