PMX telah bersetuju untuk menawarkan Bantuan Kerajaan Terkini iaitu Bantuan Kredit eTunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
PMX berkata berkenaan bantuan eTunai ini ketika berucap di Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kandungan Artikel
Dalam ucapan yang sama juga PMX turut mengumumkan bantuan khas kepada penjawat awan dan juga pesara kerajaan.
Inisiatif kredit eTunai dengan dana sekitar RM1 bilion ni dijangka dapat membantu lebih dari 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas, termasuk golongan B40 dan M40.
Inisiatif bantuan kerajaan dalam bentuk kredit e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan Kredit e-Tunai
Untuk berkelayakan menerima program bantuan kerajaan Malaysia e-Tunai ini ialah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
Sekiranya anda menepati ketiga-tiga di atas mungkin anda layak menerima kredit RM100 e-Tunai tersebut. Apapun kami akan update informasi terkini berkenaan dengan bantuan kerajaan ini.
Permohonan e-Tunai RM100
Setakat ini masih belum diumumkan secara rasmi, bilakah bantuan e-tunai berjumlah RM100 seorang ini bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak.
Sebarang maklumat berkenaan tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Maklumat lanjut akan kami kemaskini sekiranya terdapat maklumat lanjut.
Update: Kementerian Kewangan dah update bila program Kredit e-Tunai ni akan dilaksanakan. Sila refer Tarikh Kredit E Tunai Diberi
Platform Kemasukan e-Tunai RM100
Antara platform di Malaysia yang menjadi pilihan untuk penerimaan e-Tunai ini ialah
- Boost
- Setel
- Touch N Go
- Grabpay
- ShopeePay
- Bigpay
Apapun pihak blogr akan update platform mana yang akan menjadi pilihan etunai tersebut.
Malumat Lanjut Kredit eTunai
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh layari laman website rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.
Soalan Lazim (FAQ)
Siapakah yang layak mohon bantuan etunai ini?
Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
Kalau saya tiada ewallet macam mana?
Sila daftar e wallet terlebih dahulu bagi melayakkan menerima bantuan kerajaan e-tunai ini
Baca juga