Pengeluaran KWSP Untuk Yuran Pengajian Pendidikan

Semua maklum bahawa pendidikan tinggi memerlukan perbelanjaan yang banyak. Lagi-lagi untuk menampung anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Sebelum ini kami dah menulis tentang pengeluaran KWSP bagi menunaikan haji.

Tahukah anda yang KWSP ada memberi kelonggaran bagi pengeluaran KWSP untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak. Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan cara-cara mengeluarkan KWSP untuk pendidikan mari kita fahami terlebih dahulu syarat serta kos yang boleh dibiayaai oleh KWSP.

Pengeluaran KWSP Bagi Pendidikan

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Mereka yang berminat untuk membuat pengeluaran KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Kos Yang Dibiayai KWSP

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian ATAU Jumlah baki pinjaman
  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

Untuk penerbangan apakata anda rujuk FLYSiswa kerana ada subsidi sebanyak RM300 bantuan kerajaan kepada pelajar universiti.

Siapa Yang Boleh Memohon

Antara kelayakan untuk memohon pengeluaran KWSP untuk pendidikan ialah

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  • Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara (program sepenuh masa)
  • Dibenarkan untuk Ahli/Anak/Pasangan/Ibu Bapa ahli yang berhenti/gagal/tidak tamat/tarik diri daripada pengajian 

Pengeluaran KWSP Untuk Yuran Pengajian

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian anak
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian pasangan
  • Pengeluaran bagi membiayai yuran pengajian anak/pasangan/ibu bapa

Pilihan Pembayaran

Pembayaran kepada ahli

  • Jika yuran telah dibayar kepada institusi pengajian tinggi (resit tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan)

Pembayaran kepada institusi pengajian tinggi

  • Bagi menyelesaikan yuran pengajian yang belum dijelaskan

Pengeluaran KWSP Untuk Pinjaman Pendidikan Pengajian

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anda
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak
  • Pengeluaran bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pasangan/ibu bapa

Pilihan Pembayaran

Pembayaran kepada institusi kewangan yang diluluskan.

  • Jika anda mengambil pinjaman daripada institusi kewangan yang diluluskan oleh KWSP
  • Jika anda mempunyai Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama anda/anak anda

Proses Pengeluaran KWSP

Yuran PengajianPinjaman Pendidikan Pengajian
Setiap semester atau tahun pengajianSetiap semester atau tahun pengajian
Dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/ berhenti / gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Mempunyai baki pinjaman pendidikan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pengeluaran

Yuran PengajianPinjaman Pendidikan Pengajian
Mykad ATAU Dokumen Pengenalan Diri AsalMykad ATAU Dokumen Pengenalan Diri
Surat pengesahan pendaftaran pelajarPerjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama pelajar ATAU ibu bapa pelajar -diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (diri sendiri)
Resit Bayaran Yuran Pengajian Yang Dikeluarkan Oleh IPTBorang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
Bayaran Balik Tiket Penerbangan  (Kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam/ luar negara semasa mendaftar untuk memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja)Penyata Baki Pinjaman Pendidikan terkini
Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajianBukti Pertalian antara pemohon dan pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar)
Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
Dokumen Bukti Pertalian Antara Pemohon dan Pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar)

Dokumen Tambahan

Pengeluaran kali pertama dan kedua mungkin memerlukan dokumen sokongan yang berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli, anak, pasangan atau ibu bapa. Jadi, ia amatlah penting untuk mengemukakan semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

Peringatan Penting

  • Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
  • Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli
  • Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.
  • Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

Baca juga

Leave a Comment