Bantuan Kerajaan: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Kerajaan di bawah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu lagi bantuan kerajaan yang baru iaitu Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kesejahteraan Orang Tua.

bantuan warga emas

BWE untuk warga lanjut usia telah dinaikkan dari RM350 sebulan seorang kepada RM500 sebulan seorang berbanding dengan belanjawan terdahulu.

Warga emas atau warga lanjut usia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu sebelum memohon bantuan ini.

Bantuan Kerajaan Kepada Warga Emas

Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.

Bantuan kerajaan khusus untuk warga emas ini telah mengalami peningkatan sebanyak RM150 menjadikan RM500 sebulan di bawah Belanjawan 2023.

Bantuan BWE ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Di Malaysia, orang tua atau warga emas ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan Kepada Warga Emas BWE

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i. Institusi kendalian JKM; atau
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan Bantuan Kerajaan BWE

Pengendalian permohonan bantuan kewangan untuk warga emas ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kerajaan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Borang Permohonan Bantuan Warga Emas

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk mengisi borang bantuan kerajaan untuk warga emas di bawah. Blogr ada selitkan sekali link untuk muat turun bagi memudahkan sesiapa yang nak mohon. Bagi sesiapa yang berkenan, boleh download borang di bawah ye.

Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan)
Dokumen Sokongan

Antara dokumen sokongan yang perlu di bawa ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ataupun mana-mana JKM ialah

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Soalan Lazim (FAQ)

Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan siapa saya boleh hubungi untuk pertanyaan lanjut?

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan bantuan warga emas, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Adakah status Pemastautin Tetap (PR) layak memohon?

Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR).

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!