Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP RM480 Cara Mohon dan Syarat Kelayakan

Kerajaan di bawah pimpinan PMX telah mengeluarkan satu lagi senarai bantuan kerajaan iaitu i-Suri yang merupakan satu inisiatif khas daripada kerajaan untuk bantuan suri rumah yang merangkumi suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

bantuan suri rumah

Mereka yang berdaftar akan layak untuk menerima sumbangan bantuan kerajaan sebanyak RM480 setahun kepada bayaran caruman sebanyak RM5 sebulan di dalam akaun KWSP.

Antara kelebihan kepada mereka yang mencarum i-Suri KWSP ialah

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Dapat menerima dividen tahunan KWSP
  • Mendapat bantuan kematian sebanyak RM2500

Tujuan i-Suri adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan juga dalam pembangunan negara.

Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan i-Suri

Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan bersama untuk pendaftaran bantuan kerajaan i-Suri KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Suri rumah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR) dimana wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum capai 60 tahun. Sekiranya lebih umur boleh cuba mohon bantuan warga emas dari kerajaan

Mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat dan kelayakan boleh membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP untuk menyertai bantuan kerajaan i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Semakan Kelayakan Bantuan Suri Rumah

semakan bantuan suri rumah

Suri rumah boleh menyemak nama mereka di pengkalan eKasih secara online di laman web eKasih di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan dengan memasukkan no kad pengenalan.

Sekiranya nama anda tiada dalam sistem eKasih, sistem tersebut akan keluar seperti gambar di bawah dan bertulis No. KP (87080808xxxx) tidak wujud di dalam Sistem eKasih.

bantuan i-suri

Sekiranya nama tiada dalam eKasih, surirumah boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Mereka yang berkenaan juga boleh membuat pendaftaran untuk bantuan kerajaan i-Suri ini melalui telefon, surat, e-mel rasmi, membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Cara Mendaftar i-Suri

Pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Selepas mendaftar sebagai ahli KWSP, suri rumah hendaklah membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan bagi melayakkan menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.

Tarikh Terima Bantuan i-Suri

Ahli i-Suri boleh menyemak akaun mereka secara dalam talian, melalui Kios KWSP atau di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Sumbangan i-Suri akan dikreditkan ke Akaun KWSP sebanyak dua kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

Suri rumah yang menerima Bantuan Kerajaan i-Suri juga akan menikmati manfaat yang sama sebagaimana ahli KWSP yang lain iaitu

  • Dividen tahunan ke atas simpanan persaraan
  • Pengeluaran Simpanan KWSP
  • Bantuan Hilang Upaya
  • Bantuan Kematian

Cara Mendaftar iSuri

Bagi kumpulan yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Kepada suri rumah yang layak, anda boleh membuat pendaftaran i-Suri dengan mengisi borang berikut

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar i-Suri bagi menerima bantuan kerajaan ini adalah

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Kemudian bawa segala dokumen di atas ke kaunter KWSP yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

eKasih

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000.

i-Suri KWSP

Sekiranya anda menghadapi masalah atau ingin tahu lebih lanjut boleh rujuk KWSP customer service atau rujuk laman web KWSP di new.epf.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara untuk pertanyaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana cara pembayaran insentif Kwsp iSuri?

Pihak KWSP akan memasukkan insentif ini setiap 6 bulan sekali secara berkala mengikut fasa

Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 

KIR adalah ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Macam mana nak tahu suri rumah tersebut layak atau tidak mohon bantuan kerajaan i-Suri?

Salah satu kriteria suri rumah untuk layak menerima Bantuan Suri Rumah i-Suri ialah telah mendaftar di dalam sistem e-Kasih.

Baca juga

Bagi yang menghadapi masalah postage dengan Perbankan seperti OCBC boleh buat aduan di OCBC Customer Service.

Sekiranya anda ada masalah berkaitan astro boleh terus walk in ke astro customer service centre yang berdekatan anda untuk membuat aduan pun boleh.

Sekiranya anda hadapi masalah dengan unifi, jangan lupa hubungi nombor customer service unifi untuk buat laporan kerosakan.

Pasti semua ada masalah kewangan dan inginkan bantuan mengenai susun balik kewangan anda. Nasib ada bantuan AKPK customer service yang sudi membantu.

Baru je nak buat pengeluaran secara online bank Islam, tetiba ada masalah. Terus contact bank islam customer service untuk dapatkan bantuan ye.

Jangan lupa apply Inisiatif khas daripada kerajaan untuk bantuan suri rumah i Suri yang merangkumi suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang berdaftar.

Leave a Comment

error: Content is protected !!