Umumnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan.
Terdapat pelbagai Bantuan Kerajaan Malaysia diberikan pada rakyat Malaysia. Bantuan ini samada untuk pekerja kerajaan, pekerja swasta mahupun pesara akan mendapat manfaatnya.
Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara
Pada 27 Julai 2023 yang lalu, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM300 kepada pekerja kerajaan di bawah gred 56 ke bawah termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak dan RM200 kepada pesara kerajaan.
Kandungan Artikel
Bantuan khas kerajaan terkini ini telah diumumkan Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebanyak 2.3 juta iaitu 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara akan mendapat manfaat dari bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan ini.
Bagi pesara kerajaan, bantuan sebanyak RM200 adalah untuk pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Menurut Ku Azmi Ku Ibrahim, 59 yang telah memberitahu Harian Metro, bantuan RM200 itu amat bermakna untuk golongan pesara sepertinya.
Jumlah Bantuan Kerajaan
- Bantuan dari kerajaan Malaysia sebanyak RM300 akan diberikan kepada pekerja kerajaan di bawah gred 56 ke bawah termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak.
- Bantuan sebanyak RM200 akan diberikan untuk pesara kerajaan, termasuk
- pesara berpencen
- penerima pencen terbitan
- pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen
- veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Tarikh Bantuan Diberi
Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam akan menerima Bantuan Khas Penghargaan Tahun 2023 pada 10 Ogos 2023 (Khamis).
Cara Mohon Bantuan Khas Kerajaan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan kerajaan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Bantuan khas kerajaan terkini ini akan memanfaatkan lebih 2.3 juta penjawat awam dan pesara itu bakal disalurkan dalam tempoh dua minggu.
Anda boleh melihat pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI di video youtube di bawah.
Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan khas kerajaan ini untuk siapa?
Bantuan khas ini untuk pekerja kerajaan gred 56 ke bawah dan juga pesara kerajaan
Saya pesara tapi belum menerima pencen, adakah saya layak?
Anda layak mendapat bantuan khas RM200 seperti yang telah diumumkan
Bagaimana cara nak mohon bantuan kerajaan ini?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengedarkan surat dalam masa terdekat
Siapakah yang tidak layak memohon bantuan khas dari kerajaan ini?
Perkara ini akan dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan
- Bantuan Tambahan STR 2023 Iaitu Sumbangan Asas Rahmah Sebanyak RM600
- Bantuan Kerajaan: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
- Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP RM480 Cara Mohon dan Syarat Kelayakan