FLYsiswa Inisiatif Bantuan Subsidi Penerbangan Pelajar Universiti

Bantuan subsidi penerbangan FLYsiswa oleh Kementerian Pengangkutan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023 yang lalu.

Bantuan Subsidi Penerbangan Pelajar Universiti FLYSISWA

Oleh sebab itu, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada hari ini (15 Ogos 2023).

Pelaksanaan inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Terima kasih kepada Kerajaan Madani kerana melaksanakan satu lagi bantuan kerajaan yang akan membantu pelajar universiti dari menanggung kos yang banyak untuk pembelian tiket kapal terbang.

Syarat Permohonan FLYsiswa

Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia
    • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  • Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan)
  • Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  • Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  • Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Cara Pelaksanaan Subsidi FLYsiswa

Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan
mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Baucer tersebut hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan)

Tarikh Akhir Penebusan FLYsiswa

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada
31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan
selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Cara Semakan Kelayakan FLYsiswa

Semakan Kelayakan FLYsiswa

Para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan https://subsidiudara.mot.gov.my/

  • Masukkan no MyKad dan nama universiti.
  • Klik butang “Semak.”

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan
bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu (1)
syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih oleh pelajar melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing masing. Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Contoh Penggunaan Baucar Subsidi Penerbangan

Contoh Penggunaan Baucar Subsidi Penerbangan

Anda beli tiket KL ke Kuching sehala. Harga tiket RM200. JAdi mengikut baucer FLYsiswa ni subsidi sebanyak RM300 akan ditanggung kerajaan. Maka kerajaan akan bayar RM200 tersebut dan baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain.

Kemudian pelajar yang sama beli tiket lagi RM150. Tapi baucernya ada RM100 lagi. Jadi lagi RM50 pelajar tersebut terpaksa menggunakan duitnya sendiri.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai FLYsiswa, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my

Bagi pelajar yang bakal tamat pengajian dan ingin buat resume boleh tengok contoh resume berikut

Dah tebus eBelia Rahmah bantuan untuk belia dan mahasiswa yang berkelayakan?

Leave a Comment

error: Content is protected !!