Apa yang anda perlu tahu mengenai Bantuan KWSP RM500 ini. Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Kerajaan Perpaduan di bawah PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk menambah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP).
Kandungan Artikel
Caruman tambahan adalah sebanyak RM500 bagi ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan dalam akaun 1 yang di bawah RM10,000.
Selain itu, Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP RM480 juga telah diumumkan oleh Perdana Menteri PMX kita ini.
Ada banyak lagi bantuan untuk mereka yang layak semasa pengumuman belanjawan 2023 ini. Anda boleh lihat senarai bantuan yang diumumkan di Senarai Bantuan Kerajaan.
Bantuan KWSP RM500
PMX berkata, program Bantuan KWSP RM500 ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion. PMX membuat pengumuman ini ketika membentangkan Belanjawan 2023 semasa di Dewan Rakyat.
Cara Mohon Bantuan KWSP
Tiada permohonan diperlukan untuk memohon bantuan kwsp ini. Ahli KWSP yang layak akan menerima bantuan ini tanpap erlu memohon. Mereka yang layak boleh menyemak Akaun 1 KWSP mereka dimana bantuan ini dimasukkan secara automatik.
Syarat Kelayakan Epf Budget 2023
Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit. Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion
ringgit.
Berikut merupakan antara syarat kelayakan Bantuan KWSP RM500
- Umur 40 hingga 54 tahun
- Simpanan KWSP bawah RM10 ribu ringgit
Semakan Baki KWSP
Berikut merupakan cara untuk menyemak akaun KWSP samada akaun 1 atau akan 2 dengan menggunakan i-Akaun KWSP
- Log masuk laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP
- Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang NAMA ANDA berserta tarikh login terakhir
- Lihat Ringkasan Akaun yang berada betul-betul di bawah mesej tadi
- Di bahagian Ringkasan Akaun, anda akan dapat lihat Jumlah Simpanan secara keseluruhan
- Anda juga akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2
Jika belum mendaftar anda boleh tengok cara untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun Online (view mode) selepas menjadi ahli KWSP di : Cara daftar dan aktifkan i-Akaun KWSP
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lain mengenai pengeluaran sebahagian KWSP, anda boleh menghubungi kami dengan cara berikut:
- Telefon : 03-8922 6000
- Faks : 03-8922 6222
- Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
Sekiranya anda menghadapi masalah atau ingin tahu lebih lanjut boleh rujuk KWSP customer service.
Untuk melihat dan membaca dengan lebih lengkap berkenaan Senarai Bantuan Kerajaan dalam Belanjawan 2023, anda boleh rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Soalan Lazim KWSP (FAQ)
Bolehkah ahli menukar kata laluan untuk i-Akaun view mode?
Ahli boleh menukar kata laluan i-Akaun view mode dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini.
Bolehkah saya muat turun penyata ahli KWSP dengan akses view mode?
Akses view mode tidak membenarkan ahli untuk memuat turun penyata.
Baca juga
- Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 Sebulan
- Inisiatif Bantuan Lesen Memandu
- Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
- Permohonan Bantuan OKU BTB