Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan pelbagai program bantuan kerajaan terkini untuk bulan Julai bagi mereka yang berkelayakan.
Kandungan Artikel
Dekat sini kami senaraikan beberapa bantuan kerajaan terkini Malaysia Madani untuk bulan julai 2023 kepada mereka yang berkelayakan.
Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada penduduk Malaysia ialah
- Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023
- Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi dan Bas
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- Bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100
Sumbangan Asas Rahmah
Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 pada 17 Julai 2023 yang lalu.
Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih layak menerima bantuan kerajaan STR ini.
Syarat-Syarat Kelayakan SARa
Penerima STR yang layak iaitu dari SARA dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Warganegara Malaysia
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Detail maklumat Bantuan STR ini boleh ke: https://blogr.my/sara-sumbangan-asas-rahmah/
Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi dan Bas
Kerajaan juga baru-baru ini di bawah Kementerian Pengangkutan telah menawarkan 4,000 lesen PSV secara PERCUMA kepada golongan B40.
Dengan peruntukan yang bernilan RM2 juta, golongan B40 kini dapat meraih manfaat miliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma menerusi program MyPSV.
Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja
- PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
- PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta
Permohonan untuk program Bantuan Lesen MyPSV ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ek atas
- Lulus pemeriksaan kesihatan (JLJL8A)
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
- Pemohon lesen vokasional PSV (e-hailing/teksi) haruslah memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D/DA
- Pemohon lesen memandu vokasional PSV (Bas BTM melebihi 7500kg) haruslah memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D sekurang-0kurangnya satu tahun atau CDL kelas E
Detail maklumat Bantuan Lesen Memandu ini boleh ke: Inisiatif Bantuan Lesen Memandu
Bantuan Kerajaan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
Kerajaan juga baru-baru ini turut mengumumkan bantuan kerajaan berbentuk pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Syarat Kelayakan Bantuan Penghargaan Khas
- Gred 56 dan ke bawah
- Pesara kerajaan
Detail maklumat bantuan ini boleh ke https://blogr.my/bantuan-khas-penghargaan-penjawat-awam-pesara/
Bantuan Kredit e-Tunai Sebanyak RM100
Pihak kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan bantuan kerajaan berbentuk kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Bilangan penerima yang layak untuk menikmati program ini dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kredit e-Tunai
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.
Detail maklumat Bantuan Lesen Memandu ini boleh ke: Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Untuk B40, M40