Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

PPA1M, atau PPAM, adalah skim perumahan kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dan pekerja kerajaan.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Inisiatif rumah mampu milik PPAM ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Kelayakan Permohonan

Permohonan terbuka kepada penjawat awam seperti yang disenaraikan dengan kelayakan seperti yang berikut

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri

Syarat Permohonan PPAM

Selain daripada keutamaan kepada pembeli rumah pertama, antara syarat lain permohonan PPAM ini ialah

  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat Awam yang Telah Bersara dan Memiliki Kad Pesara
  • Penjawat Awam (Lantikan Tetap atau Kontrak)
  • Anak Pesara Kerajaan
  • Boleh Memohon Lebih Dari Satu Projek

Cara Memohon Rumah PPAM

cara memohon Rumah PPAM
  1. Sila daftar akaun anda di pautan di https://www.ppam.gov.my/. Kemudian sila semak emel selepas mendaftar
  2. Lihat pelancaran projek-projek terbaru PPAM dan pilih loksai pilihan anda
  3. Selepas memilih projek pilihan, sila pilih unit yang ada kemudian semak kelayakan pinjaman dengan LPPSA atau bank komersil terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah
  4. Log masuk melalui pautan no satu tadi untuk memohon rumah PPAM
  5. Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan digunapakai oleh Urus Setia PPAM
  6. Pemohon Rumah PPAM yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan paparan di laman web PPAM
  7. Sila uruskan permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman kerajaan iaitu LPPSA atau lain-lain atau bank komersil.
  8. Sila dapatkan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas perjanjian jual beli
  9. Sila teliti terlebih dahulu kandungan perjanjian jual beli (PJB) sebelum turunkan tandatangan
  10. Sebaik sahaja projek PPAM mendapat sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) kunci dan hartanah akan diserahkan secara rasmi kepada anda dan menjadikan anda pemilik kediaman PPAM tersebut
Panduan permohonan Rumah PPAM

Selepas memohon rumah PPAM di lokasi pilihan, sila upload sekali dokumen-dokumen berikut

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

Senarai Projek PPAM Terbaru

Berikut merupakan antara projek terbaru PPAM. Anda boleh lihat projek lain di https://www.ppam.gov.my/project/list

  • Desaku (Projek 4) (Skim I-PPAM) Kulim, Kedah
  • PPAM Desaku (Projek 3) Kulim, Kedah
  • Desaku (Projek 5) (Skim I-PPAM) Kulim, Kedah
  • D’aman Residence (Skim I-PPAM) Kota Setar, Kedah
  • Bandar Baru Jasin Bestari (Fasa 3b) (Skim I-PPAM) Jasin, Melaka
  • PPAM D’bayan Fruits Garden @ Taman Bayan (Fasa 1) Tawau, Sabah
  • PPAM D’bayan Fruits Garden @ Taman Bayan (Fasa 2) Tawau, Sabah
  • PPAM Pengerang (Taman Ypj Punggai Pengerang) Kota Tinggi, Johor
  • PPAM Pangsapuri Seri Permata Johor Bahru, Johor
  • PPAM Sireh Residence Kota Bharu, Kelantan

Panduan Pengaktifan Akaun Pengguna PPAM

Panduan ini hanya untuk digunakan bagi pemilik akaun yang tidak aktif dari sistem asal PPAM. Sila abaikan sekiranya pemilik akaun adalah aktif.

Langkah 1
Panduan Pengaktifan Akaun Pengguna PPAM

Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang lama. Klik pada butang “log masuk”

Langkah 2
Panduan Pengaktifan Akaun Pengguna PPAM 2

Notifikasi “ Akaun tidak aktif untuk log masuk ” akan dipaparkan. Sila klik “ Klik disini ” untuk aktifkan akaun.

Langkah 3

Sila masukkan no. kad pengenalan dan emel seperti yang telah didaftarkan dan klik pada butang “Hantar Pautan Aktivasi”

Langkah 4

Anda akan menerima email pengaktifan daripada kami. Sila klik pada butang Aktifkan Akaun. Sila tekan butang “Aktifkan Akaun” sekali sahaja

Langkah 5
Panduan Pengaktifan Akaun Pengguna PPAM 5

Masukkan nombor kad pengenalan dan set kata laluan. Kata laluan mestilah sekurang-kurangnya 6 aksara. Klik pada butang “Aktifkan Akaun”. Anda boleh menggunakan kata laluan yang lama

Akaun anda telah aktif. Kini anda boleh log masuk untuk urusan selanjutnya.

Maklumat Lanjut

UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
Aras 2, Menara Usahawan,
Lot 2G6, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya, Malaysia

HariWaktu OperasiWaktu Rehat
Isnin – Khamis8.00 Pagi – 5.00 Petang1.00 Petang – 2.00 Petang
Jumaat8.00 Pagi – 5.00 Petang12.15 T/hari – 2.45 Petang
Kecuali Sabtu / Ahad / Cuti UmumKecuali Sabtu / Ahad / Cuti UmumKecuali Sabtu / Ahad / Cuti Umum

Faks: +603-8891 5588 Emel: bantuan.ppam@jpm.gov.my Telefon: +603-8891 4280 / 4012 / 4241

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimanakah untuk memohon unit Rumah PPAM di Putrajaya?

Permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.

Bila keputusan permohonan akan diperoleh?

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Bolehkah saya memohon projek yang telah ditutup?

Permohonan bagi projek yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!