Skim Perubatan Madani: Semak Kelayakan Rawatan Percuma B40

Di dalam belanjawan 2023 yang lalu, PMX telah melancarkan Bantuan Kerajaan Malaysia iaitu Skim Perubatan Madani dalam bentuk bantuan kesihatan untuk individu dan keluarga bagi penerima bantuan STR.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Skim tersebut diumumkan Kerajaan Perpaduan dalam pembentangan Belanjawan 2023 dan ditawarkan secara automatik kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Skim Perubatan Madani merupakan salah satu usaha sama kerajaan dengan klinik-klinik perubatan swasta yang berdaftar untuk membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah mendapatkan rawatan secara percuma.

Pengenalan Skim Perubatan Madani

skim perubatan madani

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI, bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Antara daerah yang terlibat di Semenanjung bagi fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini ialah di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang).

Lokasi Skim Perubatan Madani Semenanjung Malaysia

Makalala bagi belah Sabah Sarawak ialah, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Lokasi Skim Perubatan Madani Sabah Sarawak

Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

Antara rawatan pesakit luar bagi kes akut ditawarkan di bawah skim perubatan ini ialah rawatan untuk

  • Demam, selsema dan batuk
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Selain tu blogr cadangkan bagi sesiapa yang hadapi batuk tu cuba tips hilangkan batuk ni.

Manakala rawatan yang tidak termasuk untuk rawatan adalah:

  • Imunisasi rutin
  • Saringan kesihatan
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan rehabilitasi
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen

Syarat Kelayakan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang adalah layak secara automatik.

Kepada mereka yang layak di bawah bantuan skim perubatan ini, WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Peruntukan

skim perubatan madani fasa 2

Peruntukan bagi setiap isi rumah adalah berbeza mengikut kategori masing-masing. Bagi setiap isi rumah berkeluarga, jumlah rawatan secara percuma sehingga akhir tahun ini dihadkan sehingga RM250, warga emas tanpa pasangan sebanyak RM125 dan bujang (RM75).

Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung Sehingga 31 Disember 2023 (RM)
Isi Rumah BerkeluargaRM250
Warga Emas (tanpa pasangan)
60 tahun ke atas
RM125
Bujang
21-59 tahun
19-59 tahun (bujang berstatus OKU)
RM75

Jumlah caj rawatan bagi setiap lawatan ialah dalam lingkungan RM60 – RM160.

Semak Kelayakan dan Langkah untuk Mendapatkan Rawatan

Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI

Semak Kelayakan

langkah 1 skim perubatan

Hadir Ke Klinik

langkah 2 skim perubatan

Terima Rawatan

  • Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.

Baki

  • Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Tempoh Sah Laku Skim Perubatan

Tem[poh sah laku bagi mereka yang layak meneirima skim bantuan kerajaan ini ialah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Semak Senarai Klinik Perubatan Madani

Senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics atau hubungi 03-8687 2525.

Soalan Lazim (FAQ)

Mengapa Skim Perubatan MADANI hanya layak untuk Kumpulan B40?

Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat rawatan primer akut, Skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?

Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!