Setiap tahun tarikh gaji penjawat awam adalah berbeza. Ada dikeluarkan mengikut tarikh tertentu. Ada diawalkan sebab macam raya puasa atau cuti umum yang panjang dimana 1 Malaysia cuti. Tapi tarik gaji penjawat awam dikeluarkan ini adalah sama untuk negeri dalam Malaysia.
Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023
Tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam adalah berbeza dengan bayaran pencen bagi pesara dan juga tarikh bayaran gaji tentera.
Isi Kandungan
Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023
Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan pada 2 November 2022 oleh Jabatan Akauntan Negara. Jabatan Akauntan Negara adalah jabatan yang menguruskan pembayaran untuk semua kakitangan jabatan awam.
Jaduak tarikh gaji penjawat awam 2024 juga sudah keluar.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023 Kakitangan Awam Kerajaan
Berikut dikongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam untuk tahun 2023. Cuti sekolah pun dah dekat jadi bolehlah merancang perbelanjaan terlebih dahulu.
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 17.01.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
Februari | 24.02.2023 | Jumaat | |
Mac | 24.03.2023 | Jumaat | |
April | 17.04.2023 tapi diawalkan ke 14.04.2023 dan akan dibayar sekali dengan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023) | Isnin | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu &Ahad) |
Mei | 19.05.2023 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
Jun | 23.06.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
Julai | 25.07.2023 | Selasa | |
Ogos | 25.08.2023 | Jumaat | |
September | 25.09.2023 | Isnin | |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Lampiran penuh dari SPANM BIL 4/2022 juga turut kami kongsikan di bawah ini

Sumber: Jabatan Akauntan Negara
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan telah ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia.
Rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.
Contoh Penyata Gaji Penjawat Awam
Jadi gaji yang penjawat awam akan dapat adalah sama dengan gaji tertera di slip gaji. Contoh slip gaji kerajaan ada kami tunjuk di bawah ini

Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611