Bantuan Pesara Kerajaan: Bantuan Khas Aidilfitri RM350

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan pesara sebanyak RM350 sempena Aidilfitri. Bantuan Khas Aidilfitri ataupun BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan pesara kerajaan.

bantuan kerajaan aidilfitri

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM350 kepada pesara Kerajaan dimana bayaran akan dibuat pada 17 April 2023.

Bantuan Kerajaan Khas Aidilfitri (BKKA)

Untuk pengetahuan pesara kerajaan, bantuan kerajaan khas Aidilfitri tahun 2023 telah dinaikkan sebanyak RM100 menjadikan RM350 berbanding bantuan khas kepada pesara sempena Aidilfitri pada tahun 2022 sebanyak RM250.

Bantuan kerajaan bagi pesara ini adalah untuk pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Pesara yang bersara atas dasar penswastaan atau pengkorporatan juga layak dibayar BKKA sekiranya mereka adalah penerima pencen.

Kelayakan Pesara Menerima Bantuan Khas Aidilfitri

Pesara Kerajaan yang menerima pencen di bawah undang-undang pencen/Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan FaedahFaedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 April 2023 bagi semua gred di dalam

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis Diraja Malaysia) dan Negeri
  • Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
  • Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan
  • Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/ 56/ 58/ 60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK)

Penerima pencen yang layak menerima Bantuan Kerajaan BKKA Tahun 2023 adalah seperti berikut

  • Penerima pencen terbitan
  • Penerima pencen orang tanggungan
  • Penerima elaun tanggungan
  • Penerima elaun bersara
  • Penerima elaun bersara terbitan

kesemua jenis pesara diatas adalah layak menerima bantuan kerajaan khas Aidilfitri ini sebanyak RM350.

bantuan kerajaan pesara BKKA

Mengikut Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(24), sekiranya pesara atau yang telah menerima pencen tetapi dilantik semula secara Tetap, Sementara atau COS dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 adalah layak dibayar BKKA Tahun 2023 sebanyak RM700.00.

Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan bakinya RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Tarikh Bantuan Pesara Kerajaan

Bantuan Kerajaan untuk pesara kerajaan ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank selewat-lewatnya pada 17 April 2023. Namun, Kerajaan telah bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pesara kerajaan diawalkan kepada 14 April 2023.

Cara Mohon Bantuan Pesara BKKA

Tiada permohonan diperlukanuntuk bantuan kerajaan bagi pesara ini dan bayaran khas ini akan diberikan dan akan dikreditkan ke akaun penerima gaji pada 14 April 2023.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah pesara atau penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima BKKA Tahun 2023?

Pesara kerajaan yang bermastautin di luar negara LAYAK menerima bantuan BKKA

Berapakah jumlah bayaran BKKA yang akan diterima oleh pesara kerajaan?

Bayaran khas Aidilfitri yang akan diterima oleh pesara adalah sebanyak RM350

Untuk info lanjut mengenai bantuan khas Aidilfitri ini, anda boleh rujuk

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!