Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Berita baik buat rakyat Malaysia dan penjawat awam. Rakyat Malaysia bakal menikmati pakej perkhidmatan Internet 5G, yang disertakan sekali dengan telefon pintar 5G dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran dengan Pakej 5G RAHMAH.

Manakala untuk penjawat awam pula akan menikmati rebate RM10 dalam insentig Postpaid RAHMAH.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

fahmi fadzil pakej rahmah 5g

Samsung Malaysia dan Honor Malaysia adalah antara peranti telefon yang terlibat bagi pakej 5G RAHMAH ini. Manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi jugat urut serta menjayakan kerjasama strategik ini.

Fahmi Fadzil yang merupakan Menteri Komunikasi & Digital telah mengumumkan pakej ini di twitternya sebentar tadi. Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan internet berkualiti dengan harga berpatutan.

5G Rahmah dan Postpaid Rahmah

Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Sila pahamkan terlebih dahulu tentang pakej ini.

Untuk semua – RM60, 60GB serta telefon 5G dengan harga RM240. Manakala 100,100 golongan B40 akan menikmati telefon pintar tersebut dengan harga RM120.

Penjawat awam – Rebate RM10 untuk telco sedia ada.

Semua dapat. Korang fikir la korang kategori mana pastu pilih la nak pakej apa.

Pakej 5G RAHMAH

Pakej 5G RAHMAH B40

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G dengan plan data 60GB sebulan dengan harga RM60 sebulan. Manakala harga peranti telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G dengan hanya serendah RM240.00 sahaja.

Bagi 100,000 terawal dan dalam golongan B40, mereka akan menikmati pakej 5G RAHMAH ini dengan harga telefon pintar serendah RM120.00 sahaja. Hanya untuk 100,000 terawal.

Pakej 5G RAHMAH ini akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti selama 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Syarat-syarat Pakej 5G RAHMAH

Setakat ini tiada syarat kerana pakej ini adalah untuk semua warganegara Malaysia. Cuma 100,00 terawal golongan B40 akan dapat menikmati pakej 5G Rahmah bagi pembelian telefon pintar dengan harga RM120 sahaja.

Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Pemberian rebat RM10 sebulan akan diberikan kepada semua penjawat awam di Mlaaysia. Ini merupakan insentif di bawah pakej Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Posptaid sedia ada layak untuk menggunakan pakej ini yang akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 2023.

Bagi yang masih dalam kontrak postpaid, kena habiskan kontrak terlebih dahulu untuk menikmati pakej postpaid RAHMAH ini.

Syarat-syarat Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Pakej ini untuk penjawat awam sahaja yang akan mendapat rebate RM10 sebulan untuk plan postpaid tiada ada yang tiiada kontrak.

Sila ikuti media sosial Kementerian Komunikasi Digital untuk maklumat lanjut

Facebook : Kementerian Komuniksi dan Digital
Twitter : Kementerian Komunikasi dan Digital @kkd_gov

Baca juga bantuan kerajaan di bawah inisiatif RAHMAH

Leave a Comment

error: Content is protected !!