Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja atau BTB merupakan salah satu lagi inisiatif bantuan kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada OKU untuk tahun 2023 secara bulanan.

bantuan oku btb

Bantuan orang kurang upaya ini bertujuan bagi membantu OKU yang tidak bekerja untuk kesinambungan hidup dan menggalakkan lagi mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

Sebenarnya ada banyak lagi bantuan oleh JKM ini. Boleh refer Senarai Bantuan JKM

Skim Bantuan Kebajikan jkm

Jumlah Bantuan OKU Tidak Bekerja

Jumlah bantuan bulanan untuk Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah RM300 seorang sebulan

Syarat Kelayakan Bantuan OKU BTB

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/pelatih di
    • Institusi kendalian JKM
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan setiap bulan bagi individu OKU tidak melebihi
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara Mohon Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja BTB

Untuk memudahkan urusan pentadbiran bagi memohon bantuan oku 2023 ini, pemohon diminta membawa dokumen sokongan bersama dengan borang JKM 18 semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Kena muat turun Borang JKM 18

Dokumen diperlukan Untuk Memohon Bantuan OKU

Dan dokumen sokongannya ialah

  • Kad Pengenalan diri pemohon,
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • Salinan penyata gaji (jika ada),
  • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sekiranya anda belum mendaftar sebagai OKU, sila muat turun borang ini dan lengkapkan maklumat

Muat turun Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 dan lengkapkan maklumat serta dokumen seperti berikut

daftar kad oku bantuan oku btb
  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

Selepas siap mendaftar dan disahkan oleh JKM maka anda layak menerima kad OKU. Dengan kad ini pelbagai inisiatif bantuan kerajaan serta kemudahan dapat anda gunakan.

Kemudahan dan Keistimewaan Kad OKU

Antara kemudahan KAD OKU ialah

  • Menikmati diskaun tambang
  • Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
  • Pengecualian bayaran rawatan perubatan (Yuran Pendaftaran dan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan)
  • Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)
  • Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan)
  • Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
  • Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
  • dan lain-lain. Boleh refer Kemudahan dan Keistimewaan Kad OKU

Dan juga terdapat bantuan daripada JKM kepada OKU yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Antara bantuan oleh JKM ialah

  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
  • Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan

Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan OKU 2023 BTB

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Teriki dari Kerajaan Malaysia ini iaitu Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), anda boleh merujuk:

Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/
Hubungi: 03-8000 8000.

Leave a Comment

error: Content is protected !!