Kami kongsikan mengenai panduan buat pesara kerajaan yang mencari-cari tarikh jadual pembayaran pencen mereka untuk tahun 2023.
Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023
Bagi penjawat awam yang masih belum besara, mereka boleh lihat tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk melihat bilakah dan hari apa bayaran gaji mereka akan dikreditkan ke dalam akaun.
Kandungan Artikel
Bagi Angkatan Tentera Malaysia, mereka boleh melawat SPGATM bagi mengetahui jadual tarikh pembayaran gaji untuk ATM. Gaji mereka dibayar adalah berbeza dengan gaji penjawat awam.
Inisiatif kerajaan melalui bantuan kerajaan untuk pesara iaitu bayaran khas sebanyak RM200 telah dibuat oleh kerajaan Malaysia.
Kerajaan Malaysia juga membantu pesara kerajaan dengan bantuan khas aidilfitri sebanyak RM350 pada aidilfitri yang lalu. Diharap dengan inisiatif ini akan dapat membantu pesara kerajaan dalam kehidupan mereka.
Jadual Pembayaran Pencen 2023 Pesara Kerajaan Malaysia
Berikut adalah jadual pembayaran pencen setiap bulan bagi tahun 2023 yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA. Detail mengandungi tarikh dan hari bayaran pencen akan dibuat.

Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2023 Bulanan Pesara Kerajaan
Bulan | Tarikh Pembayaran Pencen | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
JANUARI | 16.01.2023 | ISNIN | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
FEBRUARI | 20.02.2023 | ISNIN | |
MAC | 20.03.2023 | ISNIN | |
APRIL | 13.04.2023 | KHAMIS | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) |
MEI | 18.05.2023 | KHAMIS | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
JUN | 19.06.2023 | ISNIN | Hari Gawai 01 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
JULAI | 20.07.2023 | KHAMIS | |
OGOS | 21.08.2023 | ISNIN | |
SEPTEMBER | 21.09.2023 | KHAMIS | |
OKTOBER | 19.10.2023 | KHAMIS | |
NOVEMBER | 20.11.2023 | ISNIN | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
DISEMBER | 14.12.2023 | KHAMIS | Hari Krismas 25 Dicember 2023 (Isnin) |
Senarai Bank Yang Menyertai Pembayaran Pencen
Berikut merupakan antara senarai bank yang terlibat dengan sistem bayaran pencen.
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Public Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Agro Bank Berhad
Jadi bakal pesara boleh memilih mana-mana bank di atas untuk wang pencen mereka dimasukkan selepas pesaraan nanti.
Notis Penting Untuk Pesara
Berikut merupakan beberapa notis penting yang dikongsikan oleh KWAP bagi pesara. Maklumlah pesara ni menjadi target sasaran tipu di luar sana.
Jangan Mudah Terpedaya

Sila berhati-hati dengan skim pelaburan cepat kaya di luar sana atau pembelian barang dengan harga murah.
Berhati-hati dengan Phishing

Sila berhati-hati dengan emel dari pihak tidak bertanggungjawab yang akan menghantar emel untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan akaun
Perlu diingat jika pesara ingin menukar akaun bank, urusan penukaran akaun bank bagi pesara/penerima pencen hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh setahun. Ini bagi mengelakkan terdapat masalah ketika wang bayaran pencen dimasukkan ke dalam akaun bank.
Pesara/ penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan bagi perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah menerima pencen berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 adalah layak untuk Penyelarasan Pencen 2% Setahun Mulai Tahun 2013.
Bayaran akan dibuat mulai Januari 2013 bagi pesara/ penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan yang telah menerima pencen bulanan pada tahun 2012.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan bayarn pencen boleh layari:
JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah ahli parlimen, ahli dewan negara dan hakim layak menerima penyelarasan sebanyak 2 peratus?
Ya, mereka layak diberi penyelarasan 2% tertakluk kepada Akta dan undang-undang yang terpakai kepadanya.
Adakah pesara yang bersara pada 1/1/2016 layak menerima kenaikan 2 peratus pada tahun tersebut?
Tidak layak. Mereka akan menerima penyelarasan pencen 2 peratus mulai tahun 2017.
Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara / penerima pencen itu sendiri?
Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.
Baca juga