Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR di bawah Bantuan Kerajaan Terkini bagi mereka yang berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Lebih kurang 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar juga turut akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 17 Julai 2023 yang berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan asas.
Menurut Kementerian Kewangan Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Pelaksanaan Sumbagan Asas Rahmah (SARA) akan dibuat pada 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia manakala Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 7 Ogos 2023. Boleh refer jadual dibawah
Tarikh Pelaksanaan | Negeri Terlibat | Kaedah Pelaksanaan SARA |
---|---|---|
17 Julai 2023 | Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara. |
31 Julai 2023 | Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara. |
7 Ogos 2023 | Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan | Bayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. |
Bantuan SARA ini akan diberikan selama 6 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023.
- SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – September 2023 (RM100)
- SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – November 2023 (RM100)
- SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Syarat-Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah
Penerima yang layak SARA dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Warganegara Malaysia
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik bedasarkan maklumat di atas.
Cara Semakan Status di Portal MyKasih
Anda boleh menyemak status samada layak atau tidak menerima Bantuan Kerajaan Malaysia SARA di pautan berikut MyKasih
- Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
- Pilih bahasa di bahagian atas sekali
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 88XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan
Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan
Bagi yang layak menerima Bantuan Kerajaan Terkini Sumbangan Asas Rahmah, rekod berikut akan ditunjukkan
Bagi yang layak, anda boleh semak senarai kedai yang terlibat dalam Sumbangan Asas rahmah ni di Senarai semua kedai
Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
10 Kategori Makanan Yang Diluluskan
Berikut merupakan 10 kategori makanan yang diluluskan dalam SARA
Maklumat Lanjut
Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my.
Talian Untuk diHubungi
Hotline BKK LHDNM di talian 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang) atau
Hotline STR MoF 03-8882 4565/03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
Baca juga
- Bantuan Khas RM300 Penjawat Awam, RM200 Pesara
- Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
- Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP RM480 Cara Mohon dan Syarat Kelayakan