Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kerajaan Malaysia iaitu kredit e-Tunai RM100 seorang kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Sehubungan itu hari ini kerajaan telah mengumumkan yang pemberian kredit e-Tunai tersebut akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023.
Kandungan Artikel
Lebih 10 juta penerima dari kalangan golongan M40 dan B40 akan menerima manfaat dari skim e-Tunai ini.
Semua ini PMX ada bentangkan semasa ucapan di Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Cuma ketika itu tiada tarikh lagi bila akan dilaksanakan.
Baru harini Kementerian Kewangan ada bagitahu melalui pengumuman di bawah. Mesti korang tak sabar-sabarkan. Baca dulu pengumuman ni.

Suku keempat bermaksud pada Oktober sehingga Disember tahun 2023 ini.
- Januari – Mac = Suku Pertama
- April – Jun = Suku Kedua
- Julai – September = Suku Ketiga
- Oktober – Disember = Suku Keempat
Masih tidak dapat diketahu bagaimana pemberian itu akan dilaksanakan. Adakah wallet yang sama digunakan untuk pemberian eBelia Rahmah? Atau adakah wallet lain akan menyertai program Kredit e-Tunai RM100 ini.
Sama-sama kita nantikan pengumuman yang mungkin akan dikongsikan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat atau kemungkinan dekat dengan bulan Oktober nanti.
Syarat Kelayakan Bantuan Kredit e-Tunai RM100
Sila pastikan anda lepas syarat-syarat bagi menerima skim Kredit e-Tunai ini. Antara syarat-syaratnya ialah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
Tarikh Pemberian Kredit e-Tunai RM100

Pemberian kredit e-tunai kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah akan bermula pada suku keempat tahun ini (2023).
Inisiatif kredit e-tunai, RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah sedang diperincikan Kementerian Kewangan. Boleh tengok video berikut untuk pengumuman oleh MOF hari ini.