Inisiatif Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi & Bas MyPSV

Kebajikan dan kesejahteraan penggiat sektor ekonomi terutamanya B40 yang terlibat dalam e-hailing tidak dilupakan oleh kerajaan. Bantuan Kerajaan Malaysia secara percuma kepada golongan ini adalah dalam bentuk bantuan lesen memandu iaitu Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV).

Inisiatif Kerajaan Perpaduan ini disalurkan menerusi Program MyPSV untuk golongan B40 adalah salah satu inisiatif daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Program MyPSV

Program MyPSV adalah untuk memperkasa kumpulan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing, teksi dan bas(BTM > 7500kg).

bantuan lesen memandu

MyPSV juga bertujuan untuk membuka peluang kepada golongan B40 untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan awam dan pelancongan.

Program MyPSV ini adalah 100% bantuan dari kerajaan dan ditanggung sepenuhnya dimana peserta akan dibiayai untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV).

Peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Belanjawan 2023 diberikan dan akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 4,000 calon di seluruh negara dimana 3,500 untuk ehailing dan juga teksi manakala 500 lagi untuk bas.

  • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
  • PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta

Mereka yang dapat manfaat ini terdiri daripada golongan B40 yang juga mendapat bantuan Kredit e-Tunai dimana selama ini terbeban kerana kos untuk mendapatkan lesen tersebut sangat tinggi.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu

Program MyPSV

Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan program MyPSV bagi tahun 2023 untuk golongan B40 yang berminat memohon bantuan kerajaan terkini khususnya Kementerian Pengangkutan ini

E-hailing dan Teksi

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Memiliki Lesen Memandu Malaysia(LMM) kelas D/DA
  • Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
  • Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)

Bas (BTM > 7,500kg)

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
  • Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)
  • Pemohon bagi Lesen Vokasional PSV (Bas dengan BTM) melebihi 7,500 kilogram mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D (sekurang-kurangnya 1 tahun) atau CDL Kelas E

Golongan B40 yang ingin mendapatkan bantuan lesen memandu dari kerajaan ini juga perlu menduduki Kursus Teori Vokasional, Latihan dan Ujian Praktikal (merangkumi litar dan jalan raya) setara dengan ketetapan sedia ada.

Cara Memohon MyPSV

  • Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form
  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Lesen Memandu Malaysia
    • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
  • Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel mypsv@jpj.gov.my untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
  • Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
  • Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
  • Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal

Tarikh Tutup Program MyPSV

Bagi mereka yang berminat boleh membuat permohonan sekarang melalui google form di atas. Kuota penyertaan akan ditutup sepenuhnya apabila 4,000 peserta telah penuh.

Pemohon Yang Berjaya ke Program MyPSV

  1. Kos yurang adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Antaranya ialah latihan, amali, ujian dan lesen.
  2. Kos pengangkutan ke tempat memandu adalah di bawah tanggungjawab peserta dan tidak termasuk dalam pakej bantuan dari kerajaan ini.
  3. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  4. Peserta dikehendaki mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  5. Tempoh yang diberikan adalah selama 5 bulan. Sekiranya gagal, peserta dikehendaki membayar ganti rugi yuran pembiayaan yang telah ditanggung oleh kerajaan seperti yang termaktub dalam surat akujanji yang ditandatangani sewaktu menyertai program ini.
  6. Tujuan surat aku janji tersebut adalah bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Maklumat Lanjut Program Bantuan Lesen Memandu

Sebarang pertanyaan mengenai Program MyPSV boleh dikemukakan ke

  • mypsv@jpj.gov.my
  • 03 8892 8714 / 03 8892 8693

Untuk info dan pertanyaan lanjut, para peserta boleh refer Program MyPSV.

Soalan Lazim MyPSV (FAQ)

Bolehkah saya ambil kedua-dua lesen bas dan juga e-hailing?

Peserta hanya boleh memilih salah satu sahaja

Ada elaun diberikan semasa mengikuti program bantuan kerajaan ini?

Tiada elaun diberikan kepada peserta

Adakah pemeriksaan kesihatan ditanggung oleh kerajaan?

Pemeriksaan kesihatan adalah dibawah tanggungjawab peserta.

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!