Bantuan Awal Pengajian Kemasukan Universiti Bawah Parlimen Bangi

Bantuan awal pengajian universiti ini adalah merupakan inisiatif Pusat khidmat Rakyat Parlimen Bangi bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi di dalam Parlimen Bangi untuk persediaan kemasukan baru ke universiti awam ataupun swasta.

Sebelum ini Kerajaan Perpaduan di bawah PMX telah melancarkan bantuan kerajaan untuk para belia iaitu eBelia Rahmah.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Bantuan Kerajaan ini menawarkan kredit eBelia Rahmah berjumlah RM200 seorang dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun serta semua mahasiswa yang berkelayakan.

Parlimen Bangi

Sebelum itu jom kita kenali serba sedikit mengenai Parlimen Bangi. Parlimen Bangi merupakan sebuah daerah di Selangor. Terdapat kira-kira 303,430 pengundi berdaftar di Parlimen Bangi.

Ahli Parlimen yang memenangi pilihan raya di Parlimen Bangi ialah Tuan Syahredzan Johan dari Pakatan Harapan dengan mengatasi tujuh calon lain di Parlimen Bangi dengan majoriti 69,701 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bantuan Awal Pengajian Kemasukan Universiti Parlimen Bangi

Oleh itu atas inisiatif Parlimen Bangi ini, mereka yang terlibat akan membantu sebanyak 100 orang bakal mahasiswa dan mahasiswi dalam Parlimen Bangi bagi melanjutkan pelajaran ke universiti.

Syarat Kelayakan

Sila pastikan anda melepasi syarat-syarat kelayakan sebelum memohon bantuan pengajian ini. Antara syarat kelayakan ialah

  • Pemohon mestilah merupakan pengundi dan pemastautin di Parlimen Bangi P102
  • Alamat tempat tinggal mesti dalam Parlimen Bangi
  • Pemohon mestilah dari keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4850
  • Pemohon juga mestilah telah menerima tawaran kemasukan baru ke IPTA atau IPTS untuk sesi September 2023
  • Hanya 100 orang pemohon sahaja untuk Bantuan Awal Pengajian Kemasukan Universiti di bawah inisiatif Parlimen Bangi ini

Dokumen Diperlukan Untuk Bantuan Awal Pengajian Kemasukan Universiti Bawah Parlimen Bangi

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan pengajian bawah Parlimen Bangi ini

  • Pemohon mesti ada surat tawaran kemasukan baru ke universiti bagi sesi 2023
  • Slip gaji/ Pengesahan pendapatan/ Slip BSH/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian Bapa (salah satu shj)
  • Slip gaji/ Pengesahan pendapatan/ Slip BSH/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian Ibu (salah satu shj)

Sekiranya pemohon anya tinggal dengan ibu atau bapa sahaja sila lampirkan sijil kematian atau sijil cerai

Cara Mohon Bantuan Pendidikan

Permohonan adalah secara atas talian sahaja melaui pautan berikut

Mohon Bantuan Awal Pengajian Parlimen Bangi

Sila lengkapkan maklumat di dalam google form tersebut dengan lengkap dan kemudian tekan submit. Salinan permohonan bantuan pengajian ini juga akan dihantar ke emel pemohon.

Kuota permohonan terhad kepada 100 orang sahaja dan mereka yang berjaya akan dihubungi melalui sms atau whatsapp jika menepati syarat dan kriteria ditetapkan.

Jumlah Bantuan Awal Pengajian

Sumbangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Baca juga

Leave a Comment