Dah ready ke barang hantaran kahwin atau hantaran tunang yang akan tiba nanti tu?
Isi Kandungan
Hadiahkan ini untuk si dia yang bakal membuatnya semakin sayang pada anda.
Cuti sekolah bakal menjelma. Mesti ramai bakal pasangan sedang menghitung hari untuk hari bahagia itu nanti. Sebelum tu barang untuk hantaran majlis kahwin atau tunang tu dah ready ke?
Kalau belum meh saya share beberapa barang hantaran yang selalu orang bagi untuk pasangan. Barang hantaran kahwin atau tunang ni yang biasa orang bagi.
Walau dah biasa tapi ada juga yang terlupa nak buat barang hantaran apa kan.
Sebelum tu pastikan anda tahu berapa dulang untuk bagi pada pasangan masing-masing. Kalau pihak lelaki bagi 7 dulang kepada pihak perempuan, yang perempuan mesti kena bagi 9 dulang kepada pihak lelaki.
Biasa pasangan yang ingin melangsungkan pertunangan atau perkahwinan mesti akan tertanya-tanya barang apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran. Jadi, disini saya ada share sebagai rujukan bagi majlis berkenaan.
Senarai Barang Hantaran Tunang
Untuk hantaran tunang ni kena tahu dulu berapa dulang. Jika pihak lelaki beri 5 dulang, perempuan kena balas 7 dulang. Jadi pilih dulu berapa dulang. 7 lelaki 9 perempuan, 9 lelaki 11 perempuan. Begitulah. Kebiasaannya 5 berbalas 7 paling banyak digunakan sebagai hantaran tunang.
Berikut merupakan idea barang hantaran tunang. Boleh klik je mana-mana kami dah sediakan untuk anda survey.
- Cincin tunang
- Sirih junjung
- Tepak sirih
- Pulut kuning
- Kain Songket
- Baju kurung
- Tudung
- Beg tangan
- Telekung
- Sejadah
- Set baju melayu
- Baju kemeja
- Kasut
- Kain pelikat
- Bunga rampai
- Kek
Elakkan buat suprise. Lebih baik maklumkan atau beli bersama-sama barangan hantaran yang diingini. Ini bagi mengelakkan barangan hantaran pertunangan tidak digunakan selepas itu.
Barang Hantaran Kahwin Pihak Perempuan Kepada Lelaki
Berikut merupakan antara senarai contoh hantaran kahwin bagi pihak perempuan kepada pihak lelaki.
- Sejadah dan al-quran
- Kemeja dan seluar atau kain sepasang
- Jam tangan
- Set minyak wangi

- Kasut
- Buah-buahan
- Kek atau kek cawan
- Coklat
- Gadget ( trend terbaru)
- Sireh junjung
Barang Hantaran Kahwin Pihak Lelaki Kepada Perempuan
Berikut merupakan antara senarai hantaran kahwin bagi pihak lelaki kepada pihak perempuan.
- Mas kahwin
- Barang kemas ( gelang atau rantai)
- Al-quran + telekung

- Bunga rampai atau potpuri
- Jam
- Kasut
- Beg tangan
- Barang make-up
- Buah – buahan
- Kek atau kek cawan
- Minyak wangi atau set mandian
Senarai barangan hantaran ini tertakluk kepada pasangan pengantin atau tunang. Bagi jimatkan dulang hantaran, barangan boleh di kombinasikan sebagai contoh jam bersama beg tangan.
Kalau nak design atau tambah ropol untuk barang hantaran tu, barang-barang boleh je cari dekat kedai eco. Lagipun kita nak pakai barang dia je bukan hiasan. Kan.
Jangan lupa refer checklist kahwin ni untuk pastikan majlis berjalan lancar.