Rukun Nikah dan Syarat Sah Nikah Dalam Islam

Perkahwinan adalah salah satu ibadah dan ianya merupakan asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara.

Dalam Islam, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah mengetahui akan syarat-syarat, rukun-rukun dan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan agar ikatan perkahwinan yang dibina sah di sisi Syarak dan undang-undang.

Hadiahkan cincin love love ni sebagai hantaran kahwin mesti si dia makin sayang. Klik Sini

Rukun Nikah Dalam Islam

Rukun nikah adalah sesuatu yang harus ada untuk menentukan sah atau tidaknya suatu perkahwinan tersebut.

Rukun nikah dalam Islam ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan qabul. Tak cukup satu tak sah nikah ye. Berikut merupakan detail terperinci mengenai syarat sah nikah dalam Islam.

Syarat sah nikah dalam Islam

rukun nikah

Syarat-Syarat Bakal Suami

  • Islam
  • Lelaki
  • Bukan mahram dengan bakal isteri
  • Bukan lelaki yang sedang dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri (tidak sah kalau pihak lelaki dipaksa)
  • Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
  • Tahu yang bakal isterinya itu boleh dan sah dinikahi
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

Syarat-Syarat Bakal Isteri

  • Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Perempuan yang tertentu
  • Bakal isteri tidak dalam keadaan idah
  • Bukan perempuan yang dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan isteri orang atau masih ada suami

Syarat-Syarat Wali

  • Adil
  • Islam
  • Baligh
  • Lelaki
  • Merdeka
  • Tidak fasik, kafir atau murtad
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya

Detail wali ni kami akan terangkan dalam artikel selanjutnya ye. Kerana ada beberapa jenis wali menurut Islam.

Syarat-Syarat Saksi

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh, bukan anak-anak
  • Berakal, bukan orang gila
  • Merdeka, bukan budak
  • Dua orang wali sekurang-kurangnya
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
  • Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

Syarat ijab dan qabul

Lafaz akad nikah merupakan lafaz Ijab dan Kabul. Akad nikah tidak akan terjadi jika tiada lafaz ini kerana ia tergolong dalam rukun nikah. Setiap rukun nikah perlu dipenuhi untuk menjadikan perkahwinan itu sah. Lafaz ijab Kabul ini merupakan rukun nikah yang kelima.

Ijab membawa maksud ucapan penyerahan yang diucapkan wali (dari pihak perempuan) atau wakilnya sebagai penyerahan kepada pengantin laki-laki.

Contoh lafaz ijab: “Hai Ali aku nikahkan dan aku kawinkan kamu dengan Ryda binti Aḥmad dengan mas kawin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai”

Sedangkan qabul pula ucapan pengantin laki-laki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.

Contoh: Ucapan qabul, “Aku terima nikahnya ryda binti ahmad dengan maskawin tersebut tunai”

Bagi orang bisu sah perkawinannya dengan isyarat tangan atau kepala yang boleh dipahami.

Ucapan ijab dab qabul ni mesti berterusan tanpa terputus. Kalau terputus dan diputuskan oleh tok kadi tidak sah maka kena lafaz sekali lagi.

Syarat sah ijab

  • Dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama.
  • Tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu.
  • Bukan dilakukan secara taklik.
  • Tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya.

Syarat Sah Qabul

  • Bersesuaian dengan lafaz ijab
  • Diucapkan secara nyata, terang dan jelas.
  • dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu).
  • Haruslah menyebut nama calon isteri
  • Tidak dilafazkan secara taklik
  • Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain
  • Diucapkan oleh pengantin lelaki

Lafaz Taklik Nikah

Lafaz taklik adalah lafaz (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Kebiasaannya di dalam perkahwinan yang dilangsungkan di Malaysia, terdapat lafaz takliq di sijil nikah yang mengikat pihak suami dan isteri.

Selepas bacaan doa, pengantin lelaki perlu membaca lafaz taklik yang diberikan oleh imam. Jika suami atau isteri melanggar syarat taklik ini, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan.

Salah satu tujuan lafaz taklik ini adalah untuk melindungi kaum wanita. Takliq nikah ini bukan saja-saja dibuat bahkan untuk menghindari daripada berlakunya kemudaratan kepada pihak-pihak di dalam perkahwinan tersebut.

Soalan dan Jawapan

Adakah akad nikah terbatal jika saya atau jurunikah tersalah menyebut nama ayah?

Sebuah perkahwinan dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut. Rujuk Mufti WP

Sah atau tidak akad nikah tanpa bersalaman ketika akad nikah berlangsung

Tidak bersalaman ketika menyebut lafaz akad nikah adalah sah disisi syarak. Ini kerana syarat sah lafaz akad nikah hanya dengan menyebut lafaz ijab dan qabul dan bersertakan kalimah kahwin atau nikah sahaja. Rujuk Mufti WP

Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?

Perbuatan solat sunat selepas akad nikah bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik.
Rujuk Mufti WP

Jangan lupa survey Barang Hantaran Tunang dan Hantaran Kahwin serta Checklist Untuk Majlis Kahwin

Leave a Comment

error: Content is protected !!