Checklist Untuk Majlis Kahwin Bakal Pengantin

Penting sangat checklist persiapan majlis perkahwinan, supaya semua berjalan lancar. Apa yang perlu korang dan pasangan buat persiapan untuk tempoh 6 bulan sebelum majlis, hinggalah sehari sebelum majlis.

Persediaan dari 6 bulan sebelum perkahwinan sehingga sehari Sebelum majlis perkahwinan. Masa makin dekat tapi tak tahu mana yang perlu dibuat dulu .

Jangan peningkan kepala kami kongsikan checklist yang berguna

Checklist Kahwin

Anda juga boleh download checklist kahwin di bawah ini bagi memudahkan anda. Terima kasih Nabiha Zaidi kerana sudi berkongsi. Apapun ikut bajet anda jugak ye. Sila buang dari cheklist tersebut mana yang tak berkenaan.

checklist kahwin

Link Download: Checklist Kahwin

6 Bulan Sebelum Kahwin

Checklist Kahwin Bakal Pengantin
  1. Daftar Kursus Kahwin

Ini adalah perkara pertama yang anda dan pasangan kena lakukan. Contohnya anda dah daftar 6 bulan sebelum berkahwin jadi dalam masa tersebut anda berpeluang untuk merancang dengan teliti dan teratur.

  1. Tetapkan Tarikh Untuk Bernikah dan Bersanding

Untuk tarikh ni bawa berbincang dengan kedua-dua belah pihak. Sebabnya bakal pengantin kena ambil cuti yang agak lama untuk menguruskan kenduri kedua belah pihak

  1. Lengkapkan Borang dan Dokumen Berkenaan

Seogala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja dan boleh menguruskan hal-hal lain.

  1. Tentukan Tema Majlis Anda

Walaupun nampak leceh tapi zaman sekarang ni tema perkahwinan menjadi salah satu keutamaan. Kebiasaannya orang tua kita akan memilih tema perkahwinan. Walau bagaimanapun, tema perkahwinan in memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.

  1. Medical Checkup (HIV Test)

Perkara wajib dibuat sebelum melansungkan perkahwinan. Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa HIV Test adalah wajib kepada bakal pengantin. Perkawhinan tidak boleh diteruskan sekiranya tiada keputusan emdical check up HIV Test ini.

  1. Barangan Hantaran

Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran kahwin. Bagi mengelakkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barangan kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain

  1. Senaraikan Bilangan Tetamu

Penting untuk sesebuah keluarga menetapkan bilangan tetamu yang hadir supaya bajet perkahwinan dapat ditentukan. Makin ramai tetamu maka makin tinggi bajet. Ini penting supaya makanan akan mencukupi semasa majlis berlansung.

  1. Tempah atau Cetak Kad Jemputan

Selepas dah tahu bilangan tetamu, anda dah boleh menempah kad jemputan. Digalakkan buat awal supaya kad sempat siap. Tapi zaman sekarang dah maju. Sudah ada E Kad. Lagi mudah. Tak perlu keluar duit untuk kad kahwin lagi.

  1. Tempah Jurugambar Majlis

Nak cari jurugambar ni ambil masa. Kebanyakannya jadual dah penuh. Anda beruntung kalau berjaya dapat seorang jurugambar. Sebab tu digalakkan tempah awal.

  1. Tempah Juru Nikah atau Tok Kadi

Tok kadi zaman sekarang sibuk. Kekadang sehari ada banyak kena hadir untuk menikahkan pasangan. Jadi seeloknya tempah awal mereka supaya tiada masalah di kemudian hari. Jangan lupa ingatkan tok kadi tentang tarikh pernikahan bila dah dekat.

  1. Tempah Katering atau Tukang Masak

Selesaikan urusan menempah khemah atau dewan secepat mungkin. Kerana takut ada orang guna pada tarikh yang anda pilih. Jadi seeloknya tempah awal. Bila dah jumpa catering, jangan lupa buat food testing supaya anda berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

  1. Tempah Juru Solek atau Mak Andam

Sudah semakin ramai jurusolek di Malaysia sekarang ni. Jika anda nak menempah yang terkenal digalakkan tempah seawal yang boleh.

  1. Tempah Kompang, Marhaban atau Silat Gayung dan lain-lain

Tempahan untuk mereka digalakkan awal juga. maklumla zaman sekarang banyak majlis yang bukan majlis kahwin pun akan menempah mereka untuk memeriahkan majlis.

  1. Souvenier atau Bunga Telur

Sourvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Shopee pun anda boleh cari. Ada banyak pilihan. Antaranya set sudu.

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!