Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan kempen Jimat Air 4.0. Voucher bernilai sehingga RM400 ke atas adalah untuk pembelian perkakasan rumah jimat air seperti mesin basuh, mangkuk tandas dan kepala paip air.
Kempen ini adalah kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang dilancarkan sebelum ini. Kepada mereka yang ingin menyertai kempen dan tebus voucher percuma RM400 ini, anda hanya perlu dengan mengesahkan akaun shopeepay sahaja. Kempen ini boleh disertai oleh warganegara Malaysia sahaja.
Jenis Voucher Yang Ditawarkan
Berikut adalah tiga jenis voucher yang akan diedarkan:
- Voucher RM200 untuk membeli mesin basuh
- Voucher RM150 untuk dapatkan kelengkapan mandi dan jamban
- Voucher diskaun 50% untuk dapatkan kepala paip (sehingga RM50).
Senarai peralatan yang terlibat dalam kempen penjimatan air 4.0 adalah seperti mesin basuh, peralatan bilik mandi, peralatan bilik mandi dan kedai yang terlibat.
Cara Tebus Voucher RM400
Kepada yang ingin tebus voucher RM400 percuma shopee ini, anda boleh lakukan dengan mudah secara online. Sila layari laman rasmi:
- Sila pastikan shopeepay anda sudah diverifikasi
- Sila klik “Use” button jika ingin menggunakan voucher kempen jimat air ini
- Sila pilih produk mana yang anda ingin beli dan gunakan voucher kempen jimat air ini
Untuk senarai bantuan kerajaan lain anda boleh layari
Maklumat Lanjut
Sila layari laman rasmi
Website: https://www.span.gov.my
Talian: +603 8317 9333
Email: wepls@span.gov.my
Alamat: Aras Bawah dan Satu, Prima Avenue, 7, Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya Selangor