Kod Kawasan Unifi Untuk Diberikan Sekiranya Call 100

Macam mana nak tahu kod kawasan unifi apabila call 100? Call je customer service unifi mesti dia minta kod kawasan kan. Artikel kalini blogr akan terangkan cara mudah untuk dapatkan kod kawasan unifi untuk para pembaca.

Kod Kawasan Unifi

Mudah je nak tahu berapa kod kawasan unifi anda. Caranya ialah

  1. Anda kena tengok dekat bill unifi anda
  2. Bil unifi biasanya akan diberi dekat email atau melalui apps unifi
  3. Kemudian anda skroll sampai anda jumpa Residential Voice.
  4. Residential Voice ni adalah kod kawasan anda. Sebagai contoh tengok gambar ini
kod kawasan unifi

Jadi daripada gambar ini maka kod kawasan unifi anda ialah 053731809. Lepastu bila call 100 dan dia mintak kod kawasan maka masukkan no residential voice tu. Jelas tak berkenaan dengan kod kawasan ni?

Jadi anda kena masukkan no telefon itu iaitu 05xxxxxxx. Masukkan kod kawasan dan nombor telefon, dan tekan butang # contoh atas tu 05xxx. xxx ni bukan no henpon korang, tapi no dekat residential voice tu. 05-xxx. Paham? Tak paham sila komen di bawah.

Anda juga boleh baca artikel kami disini berkenaan detail kod kawasan unifi. Jemput baca cari kod kawasan unifi melalui aplikasi myUnifi.

Cara Untuk Hubungi Pihak Unifi

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan internet Unifi anda boleh menggunakan 3 cara di bawah

  • Live Chat

Boleh refer Cara Livechat dengan pihak unifi atau terus ke

https://unifi.com.my/personal dan chat dengan pihak unifi

  • Customer Service

Dail 100 melalui telefon bimbit anda dan dengar sampai habis. Anda boleh menghubungi Unifi Khidmat Pelanggan Hotline (Unifi Customer Service Hotline) melalui 100.

Khidmat pelanggan hotline adalah aktif mulai 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kebiasaannya apabila anda call 100, robot akan minta kod kawasan.

Biasanya ramai pelanggan unifi ni pening dengan kod kawasan yang diminta oleh pihak robot apabila dah call 100 tu. Apapun mudah aje kalau paham dimana dan bagaimana nak cari kod kawasan unifi tersebut.

Sekiranya anda ada masalah dengan astro, boleh terus walk in ke astro customer service centre yang berdekatan anda untuk membuat aduan pun boleh juga.

Sekiranya anda hadapi masalah dengan unifi, jangan lupa hubungi nombor customer service unifi untuk buat laporan kerosakan.

Pasti semua ada masalah kewangan dan inginkan bantuan mengenai susun balik kewangan anda. Nasib ada bantuan AKPK customer service yang sudi membantu.

Baru je nak buat pengeluaran secara online bank Islam, tetiba ada masalah. Terus contact bank islam customer service untuk dapatkan bantuan ye.

Jangan lupa apply Inisiatif khas daripada kerajaan untuk bantuan suri rumah i Suri yang merangkumi suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang berdaftar.

1 thought on “Kod Kawasan Unifi Untuk Diberikan Sekiranya Call 100”

  1. Wayar internet wifi bertaburan dijalan raya.lokasi kg.seri serbang 89700 ,Bengawan sabah.terjatuh malam tadi.tidak tahu kenapa terjatuh bertaburan.jika ada sabotaj dipotong tiada internet.kontraktor yg pasang wire wifi profesional.main ikat saja di tiang telepon dan atas pokok.pegawai celcom tolong pantau bagaimana kontraktor tari wayar kerumah.sebarang sangkut atas pokok.ini talian bukan untuk guna sementara.

    Reply

Leave a Comment