Contoh Invois, Tujuan, Maksud dan Perbezaan Dengan Resit

Dalam perniagaan jual beli atau yang menawarkan servis, invois adalah penting bagi mendapatkan wang selepas anda siap melakukan kerja dengan pelanggan tersebut.

Dapatkan template invois boleh edit di

Apa itu invois?

Invois merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh peniaga kepada pelanggan selepas kerja telah dilakukan supaya pelanggan tersebut dapat membayar hasil kerja anda.

Dalam invoice ada maklumat lengkap tentang senarai kerja yang dilakukan serta berapa harga yang kena bayar.

Senang cerita invois ni kita bagi dekat pelanggan lepas barang atau servis sudah siap diberikan, tetapi duit tak dapat lagi.

Contoh invoice terbaik

Contoh 1

Contoh invoice terbaik dan lengkap

Contoh 2

invois terbaik

Contoh 3 (Dari Canva)

Business Invoice

Cuba perhatikan gambar di atas. Segala maklumat ada tertera dalam invois tersebut. Nama pelanggan, alamat, cara bayar, barang apa yang telah diberikan, berapa harga.

  • Tarikh invois supaya pelanggan tahu yang invoice telah dikeluarkan bila dan kena buat pembayaran bila
  • Maklumat pelanggan supaya barang atau servis telah siap dibuat atau diberikan kepada pelanggan yang betul
  • Jenis barang atau servis mesti lengkap supaya pelanggan tahu yang semua benda dah diterima
  • Syarat pembayaran supaya pelanggan akan bayar mengikut akaun yang telah tercatat

Sebab tu saya cakap yang invoice terbaik adalah dimana ia mengandungi maklumat lengkap kerja atau barang yang diberikan kepada pelanggan.

Fungsi Invois

Sebenarnya fungsi utama invois adalah untuk meminta pembayaran wang atas barang yang akan dibeli atau perkhidmatan yang akan diambil dari pelanggan.

Invoice juga sebagai rekod pembayaran akan diterima dan dibayar bagi pembeli dan penjual. Ia juga sebagai bukti sesuatu kerja yang anda lakukan dan jumlah bayaran bagi tujuan cukai. Dalam invois juga akan ada detail transaksi seperti tarikh pembayaran, apa akan berlaku jika terlewat bayar dan sebagainya.

Perbezaan Antara Invois dan Resit

Resit dan invois adalah 2 benda yang berbeza. Walaupun berbeza tapi setiap satu ada satu tujuan iaitu sebagai rekod syarikat yang sesuatu bisnes akan berlaku atau sudah berlaku. Boleh baca artikel mengenai contoh resit bayaran yang telah blogr sediakan. Antara perbezaan resit dan invois ialah

InvoisResit
Invois diberikan selepas kerja dah siapResit diberikan selepas kerja atau barang dah siap
Invois diberi sebelum pelanggan bayarResit diberikan selepas pelanggan dah bayar
Maklumat lengkap barang, harga, detail pelanggan ada dalam invoisHanya nilai wang yang dibayar tertulis dalam invois

Invois adalah di mana kerja sudah dilakukan tapi duit tidak dapat lagi.

Keperluan Invois

Invois adalah sebagai rekod yang anda telah menyiapkan atau memberikan sesuatau barang atau perkhidmatan. Ia sangat penting dalam sesuatu perniagaan yang menunjukkan pembayaran akan dilakukan atas kerja yang telah disiapkan.

Supaya pelanggan dapat menyemak senarai harga serta barangan. Sekiranya ada tertinggal maka pembayaran tidak dapat dilakukan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!