Pantun Cinta Sweet, Romantik 4 Kerat, 2 Kerat

Ada bermacam jenis pantun cinta di luar sana. Dari jenis pantun bahasa melayu mahupun inggeris. Yang paling femes tentulah pantun bahasa melayu. Zaman sekarang ni payah nak jumpa orang berpantun. Lagi-lagi pantun cinta.

Hadiahkan ini untuk si dia yang bakal membuatnya semakin sayang pada anda.

Ada yang geli-geleman namun ia tetap ada kegunaan di masa-masa tertentu. Lagi-lagi jenis pantun cinta sweet, romantik. Sangat sesuai untuk event tertentu seperti ulangtahun perkahwinan, harijadi dan macam-macam lagi yang memerlukan suasana romantik.

Payah dah nak jumpa si suami bagi pantun cinta dekat isteri, isteri berpantun-pantun dekat suami. Kalau malu nak bagi tahu depan-depan, dekat wasap pun ok kan.

Kalini meh nak share beberapa jenis pantun cinta yang kompem tangkap leleh. Lagi-lagi kalau bagi pantun ni pada hari jadi si dia.

Pantun Cinta 4 Kerat Melayu

Di atas kota pokok jati,
Sayang jati tiada berbunga;
Awak seorang mahkota hati,
Hidup mati kita bersama.

Pantun Cinta 4 Kerat Melayu

Jika mahu menanam tebu,
Tanamlah dekat dengan pohon ru,
Jika kamu cinta padaku,
Katakanlah sahaja I Love U

Bawa peti dari Melaka,
Peti berisi pakaian Raja;
Kalau hati sudah suka,
Serba-serbi indah sahaja.

Anak kecil bermain dedak,
Habis melekat di celah kuku;
Berdua tidak, tiga pun tidak,
Kaulah satu-satunya kasih hatiku.

Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.

Pantun Cinta 4 Kerat

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Sampan berlabuh di waktu pagi;
Hati yang kasih bertambah kasih,
Kasih yang tidak berbelah bagi.

Limau purut lebat di pangkal,
Batang selasih condong uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Terpaut kasih apa ubatnya?

Kembang cempaka ke peraduan,
Tempat bertandang bidadari;
Kasih sayang dalam pangkuan,
Penghibur hati payah dicari.

Terbang balam si dua-dua,
Hinggap di atas pokok sentul;
Abang pandang, adik tertawa,
Hati dalam sudah tersimpul.

Ke laut menabur bijan,
Ke darat menabur padi;
Hajat hati mengambil intan,
Intan di dalam peti besi.

Tiga petak tiga penjuru,
Dua ekor kambing di dalam;
Sama sesak sama rindu,
Sama tak tidur siang dan malam.

Orang pantai tanam selasih,
Duduk menanam di waktu fajar;
Saya tak pandai bermain kasih,
Bolehkah awak menunjuk ajar.

Pohon sagu jatuh ditebang,
Pohon duku dibuat sarang;
Jangan ragu jangan bimbang,
Cinta ku hanya untuk kau seorang.

Limau purut jatuh ke batu,
Jatuh digegas di angin lalu;
Jangan diturut hati nan rindu,
Badan yang segar menjadi layu.

Duduk beralih hadap ke hulu,
Angin ribut makn menderu;
Namamu tak boleh ku ucap selalu,
Makin diucap makin ku rindu.

Kembang sayap si burung merak,
Merak betina mulut terlopong;
Di sana berkenan di sini pun hendak,
Cari penyakit kepala bingung.

Tengah malam masuk beradu,
Labuh tirai tertutup kelambu;
Cintamu laksana air madu,
Manisnya sampai jantung kalbu.

Ikan siakap ikan haruan,
Ikan tenggiri ikan gelama;
Hendak ku harap kasihmu tuan,
Masih tersangkut di takuk lama.

Pantun Cinta 4 Kerat Untuk Memikat

Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.

Pantun Cinta

Pergi memikat burung serindit,
Singgah di Lenga membeli lokan,
Membawa hajat setinggi langit,
Merisik bunga mekar di taman.

Hati merindu fikiran melayang,
Burung merpati terbang tinggi,
Terkenang si dia terbayang-bayang,
Itulah tanda dah jatuh hati.

Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana.

Anak buaya terenang-renang,
Anak kunci dalam perahu,
Hanya saya terkenang-kenang,
Orang benci saya tak tahu.

Hujan turun laut membiru,
Dingin malam mengusik kalbu,
Biar batu menjadi debu,
Aku tetap sayang padamu.

Pantun Cinta 4 Kerat Untuk Memikat

Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain kata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.

Bertudung cantik mata memikat,
Melirik senyuman memukau semua,
Wahai cik adik saya terpikat,
Bolehkah tahu siapa nama.

Dari mana punai melayang,
Dari permatang turun ke perigi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Pantun Cinta Untuk Memikat

Pantun Cinta 2 Kerat Simple

Untuk apa bicara cinta
Jika itu akan membuatmu terluka

Untuk apa bicara cinta
Jika hatimu tak terbuka

Pantun Cinta 2 Kerat Simple

Bila cinta sudah melekat,
Tahi onta terasa coklat.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman

Kalau malu-malu nak berpantun, boleh cuba ayat pickup line merdeka ni. maklumlah kita dah nak masuk bulan merdekan kan.

Dah boleh start survey barang hantaran tunang untuk menghalalkan perhubungan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!