Contoh Slip Gaji dan Buat Payslip Secara Online

Setiap pekerja akan menerima slip gaji atau payslip pada setiap hujung bulan yang menunjukkan segala maklumat berkenaan gaji yang diterima.

Ada bermacam jenis slip gaji diluar sana dimana yang membezakannya adalah maklumat dalam slip gaji tersebut. Walau apajenissekalipun, slip gaji tersebut boleh diterima jika anda ingin membuat pinjaman di bank-bank.

Yang penting, carum kwsp dan juga daftar LHDN. Artikel kalini kita akan membincangkan cara buat slip gaji online. Tidak kira anda bekerja sendiri atau mempunyai pekerja, diluar sana ada berbagai cara untuk buat slip gaji secara online.

Sebelum itu, kita lihat dulu beberapa contoh slip gaji yang ada.

Contoh Slip Gaji

Berikut merupakan beberapa contoh template payslip yang boleh dijadikan rujukan. Perlu ingat yang setiap syarikat mempunyai jenis slip gaji yang berbeza.

Contoh Slip Gaji 1

Berikut merupakan contoh slip gaji pekerja swasta. Yang penting maklumat dalam payslip adalah lengkap supaya gaji yang diberi adalah tepat.

Contoh Slip Gaji 1

Kalau korang lihat slip gaji di atas ni korang akan nampak detail gaji dia dan segala maklumat seperti epf, socso, kerja lebih masa dan sebagainya. Dari situ korang akan nampak detail gaji dia dan cara kiraan gaji.

Contoh Slip Gaji 2

Contoh Slip Gaji 2

Contoh Slip Gaji Simple

Berikut merupakan antara contoh slip gaji paling simple. Tapi semua maklumat berkenaan gaji ada.

Contoh Slip Gaji Simple

Walaupun simple je slip gaji ni, tapi semua maklumat ada. Jadi tiada masalah kalau nak buat pinjaman melalui bank. Yang penting, ada penyata gaji.

Contoh Slip Gaji Kerajaan

Ini contoh slip gaji pekerja kerajaan yang boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan pada berkenaan.

Contoh Slip Gaji Kerajaan

Banyak kemudahan kalau kerja dengan kerajaan ni. Ada siap dapat elaun rumah, elaun kereta dan sebagainya lagi. Untuk pekerja kerajaan, korang boleh refer jadual gaji penjawat awam di: https://blogr.my/tarikh-gaji-penjawat-awam-2024/

Contoh Slip Gaji Pesara

Bagi pesara kerajaan yang menerima pencen, berikut merupakan slip gaji mereka.

Contoh Slip Gaji Pesara

Cara Buat Slip Gaji Online

Bagi pekerja kerajaan, mereka ada laman web sendiri untuk slip gaji secara online, tapi pekerja swasta adalah sebaliknya. Namun jangan bimbang kerana sudah banyak payslip generator untuk anda yang boleh didapati secara percuma.

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan buat slip gaji secara online ialah

Anda hanya masukkan maklumat-maklumat penting dan template slip gaji ini akan menyiapkan untuk anda. Lepas siap, anda terus boleh cetak.

Kalau ada epf, overtime, socoso atau elaun-elaun lain, just masukkan je dalam tu dan generate slip gaji secara online. Jadi maklumat yang anda masukkan tadi akan ada dalam payslip tersebut.

Maklumat Dalam Slip Gaji

Dari contoh slip gaji diatas, anda akan dapati beberapa perkara penting yang mesti atau wajib ada dalam slip gaji.

Antaranya ialah

  • Maklumat Syarikat

Dalam setiap slip gaji tersebut anda akan nampak maklumat syarikat yang wajib dinyatakan iaitu nama, nombor pendaftaran syarikat serta alamat syarikat.

  • Maklumat Pekerja

Setiap slip gaji mesti ada nama penuh pekerja, nombor kad pengenalan dan jawatan dalam syarikat.

  • Maklumat Gaji

Setiap detail berkenaan gaji mesti ada dalam slip gaji. Tidak kira sebarang penambahan atau pemotongan supaya sama dengan nilai gaji yang masuk ke dalam bank.

  • Cop Syarikat

Setiap slip gaji mesti ada cop syarikat yang original supaya mudah untuk membuat pinjaman di kemudian hari.

Baca juga

Blogr.my

Cik Blogr

Seorang yang suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Leave a Comment

error: Content is protected !!