Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan pada April 2006 untuk membantu individu menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan mencapai ketenangan minda melalui penggunaan kredit yang bijak. Perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK dikendalikan oleh penasihat kewangan bertauliah yang berpengalaman.
Isi Kandungan
AKPK menawarkan tiga perkhidmatan utama iaitu
- Pendidikan Kewangan (PK): Pendidikan tentang penggunaan wang secara bertanggungjawab dan kemahiran pengurusan kredit.
- Khidmat Nasihat Kewangan (KK): Nasihat mengenai pengurusan kewangan peribadi dan perniagaan kecil (PKS).
- Program Pengurusan Kredit (PPK): Program untuk membantu pengguna mengawal kewangan mereka.
Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan, AKPK dapat membantu anda untuk menstrukturkan semula bayaran hutang anda. Terus hubungi customer service AKPK sekarang juga.
Daftar dan Login Akaun AKPK
Buat masa ini permohonan PPK (individu dan PKS) secara dalam talian tidak tersedia. Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan baru secara terus di pejabat cawangan AKPK yang berdekatan.
Sila bawa bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan:
- Cetakan laporan CCRIS yang boleh diperolehi melalui https://eccris.bnm.gov.my
- Pengesahan pendapatan
- Bekerja sendiri: Surat akuan sumpah / penyata pencen
- Bekerja : slip gaji terkini
Cara Semak baki
- Baki anggaran bagi akaun boleh disemak terus di Portal Pelanggan AKPK di https://customer.akpk.org.my
- Kemudian klik pada menu DMP > DMP
- Sila refer poster untuk langkah semak baki akaun anda