Artikel sebelum ni blogr ada menerangkan tentang hantaran tunang yang sesuai bagi majlis pertunangan. Kalini kami akan terangkan pula mengenai hantaran kahwin dan barang hantaran yang sesuai.
Maklumlah hantaran kahwin merupakan adat yang masih diamalkan dan ada yang mula rungsing memikirkan apa barangan hantaran kahwin yang sesuai.
Isi Kandungan
Jangan lupa baca Syarat dan Sah Rukun Nikah serta checklist kahwin yang kena ada bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan nanti.
Konsep Hantaran Lelaki dan Perempuan
Kebiasaanya hantaran dari pihak lelaki akan hantar hantaran kurang bilangan dulang hantaran berbanding pihak perempuan. Contohnya
- Hantaran 3 berbalas 5
- Hantaran 5 berbalas 7
- Hantaran 7 berbalas 9
- Hantaran 9 berbalas 11
- Hantaran 11 berbalas 13
- Hantaran 13 berbalas 15
Dan seterusnya, bilangan bergantung atas kemampuan dan perbincangan antara kedua belah pihak. Berikut merupakan contoh idea barang untuk hantaran kahwin samada dari belah lelaki ataupun belah perempuan.
Idea Barang Hantaran Kahwin yang Menarik untuk Pengantin Lelaki
Berikut adalah contoh hantaran kahwin yang boleh diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki
- Sirih Junjung
Sirih junjung melambangkan persetujuan dan kesepakatan antara dua keluarga yang akan bersatu melalui perkahwinan. Ia menandakan penerimaan dan restu dari kedua-dua pihak.
Dapatkan di: https://shopee.com.my/Sirih-Junjung
- Kemeja/Seluar
Sekalikan sahaja kemeja dan seluar sebagai 1 hantaran. Kalau asingkan nanti banyak pula jadinya.
- Jam Tangan
Untuk jam ni belikan yang untuk pasangan. Lagi jimat. Dan boleh sedondon memakainya.
Dapatkan di: https://shopee.com.my/JamTangan
- Kasut
Kasut ni anda pilih samada nak kasut sukan atau kasut opis. Kebiaasaannya kasut opis dihadiakan sebagai hantaran. Tapi kena tengok juga pekerjaan si lelaki.
Dapatkan di: https://shopee.com.my/kasutlelaki
- Buah-buahan
- Kek/Kek Cawan
- Coklat
- Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Idea hantaran di atas adalah contoh sahaja. Pilih mana yang sesuai dan ikut kemampuan kerana anda kehidupan selepas kahwin perlu diteruskan.
Idea Barang Hantaran Kahwin yang Menarik untuk Pengantin Perempuan
Berikut merupakan hantaran kahwin untuk perempuan. Bagi hantaran lelaki kepada pihak perempuan, berikut adalah antara barang hantaran yang boleh diberikan
- Mas kahwin/Duit Hantaran
- Cincin/Gelang/Barangan Kemas
- Tepak sirih
- Al-Quran Humaira
- Sejadah Gebu
- Potpourri/Bunga Rampai
- Jam tangan
Sama macam pihak lelaki. Bagi yang sepasang sahaja.
Dapatkan di: https://shopee.com.my/JamTanganSepasang
- Kasut
- Telekung
- Beg Tangan
- Set wangian /Barang mekap
- Buah-buhan
- Kek/Kek Cawan/ Coklat
Ini hanya contoh hantaran sahaja. Pilih mana yang sesuai dan ikut kemampuan anda.
Pandangan Pakar Perkahwinan Mengenai Hantaran
Hantaran kahwin adalah elemen penting dalam perkahwinan Melayu, melambangkan tradisi dan adat. Berikut adalah beberapa nasihat dari pakar perkahwinan:
Nilai dan Simbolik: Pilih hantaran yang mempunyai makna mendalam dan mencerminkan nilai perkahwinan.
Bajet: Elakkan berbelanja melebihi kemampuan. Pilih barang berkualiti dalam bajet yang sesuai.
Praktikal: Pilih barang yang berguna dalam kehidupan harian seperti pakaian atau peralatan dapur.
Tradisi: Hormati adat dan tradisi yang diwarisi.
Komunikasi: Berbincang dengan pasangan untuk memahami keinginan masing-masing.
Keluarga: Ambil kira pandangan dan harapan keluarga kedua-dua belah pihak.
Kreativiti: Tunjukkan kreativiti dalam memilih dan menghias hantaran.
Persaingan: Jangan tertekan untuk bersaing dengan orang lain. Fokus pada makna dan keselesaan.
Perancangan Awal: Rancang dan sediakan hantaran lebih awal untuk mengelakkan tekanan.
Apa jua pilihan barang hantaran anda, kami menyarankan agar adat dan nilai tradisi tetap dihormati. Elakkan berbelanja melebihi kemampuan hanya untuk mengikuti keinginan. Yang paling penting adalah kehidupan selepas perkahwinan kerana itulah permulaan fasa baru dalam hidup anda.