Lirik Lagu Pasar Ikhwan di Putrajaya dengan Video

Sejak akhir-akhir ini femes betul lagu Pasar Ikhwan di Putrajaya. Maklumlah ada kaitan dengan ABuya dan GISB. So netizen korek semua. Nah kami berikan terus kepada anda lirik dia so bolehla sama-sama kita nyanyi ramai-ramai.

Lirik Lagu Pasar Ikhwan di Putrajaya

Ini adalah karya puisi yang berkisar tentang Abuya Ashaari Muhammad, pemimpin Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB). Lirik-lirik ini mengangkat kisah dan keperibadian Abuya dengan metafora dan simbolisme yang mendalam, mengaitkan perjuangannya dengan konsep keagamaan dan spiritual Islam.

Tapi netizen mula menjadikan lagu ini sebagai meme malah terngiang-ngiang di telinga mahupun penuh seluruh media. Sama-sama kita perhatikan bait-bait liriknya.

Pasar Ikhwan di Putrajaya
Siapakah dia Abuya

Abuya seorang yang teliti,
Sudah tentulah Pee Bee Tee.

Abuya pasti akan zahir,
Bilakah Abuya lahir?

Di Mekah musim tengkujuh,
Abuya lahir tiga puluh tujuh.

Kekasih Allah Nabi Ibrahim,
Siapakah dia Lebai Ibrahim?

Beliau itu pakcik Abuya,
Juga merangkap guru Abuya.

Abuya bercakap dan mengota,
Siapakah dia ratu tanpa mahkota?

Kasih sayang akhlak Rasulullah,
Tentulah dia Wasilah.

Para sahabat cintakan syahid,
Siapakah dia Kiayi Syahid?

Imam Mahdi adalah Saidi,
Sudah tentu khalifah Saidi.

Abuya lahirkan penyair,
Bilakah Abuya zahir?

Abuya suka makan ikan,
Sudah tentu rahsia Tuhan.

Manusia itu suka lupa,
Abuya mujaddid ke berapa?

Cinta Tuhan mesti dibalas,
Sudah tentu empat belas.

Seorang raja namanya Jaya Baya,
Apakah gelaran Abuya dari dia?

Melawan nafsu itu sengit,
Sudah tentu Satria Peningit.

Video Pasar Ikhwan di Putrajaya

Ni ada pulak lagu ciptaan netizen iaitu Abuya Skibidi


1 thought on “Lirik Lagu Pasar Ikhwan di Putrajaya dengan Video”

Leave a Comment

error: Content is protected !!