Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kandungan Artikel
Pencipta Bendera Malaysia
Tahukah anda siapa yang mencipta bendera Malaysia?

Menurut sumber MKN, pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian.
Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang.
Haji Mohamed bin Hamzah (Jawi: محمد بن حمزه ; 5 Mac 1918 – 19 Februari 1993) merupakan seorang pereka bentuk bendera yang ahli dalam bidang veksilologi dan arkitek Malaysia menjadi pemenang dan bendera ciptaannya telah dijadikan bendera Malaysia.
Bendera Malaysia Dulu

Sedikit pindaan dibuat seperti menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja raja melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 bucu untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Begitulah asal usul bendera Malaysia dulu sebelum menjadi yang sekarang.
Maksud Lambang dan Warna Jalur Gemilang Bendera Malaysia
Bendera Malaysia dikenali sebagai jalur gemilang yang menjadi simbol kebanggaan rakyat malaysia. Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur yang berselang seli dimulai dengan warna merah dan di akhiri dengan warna putih. Selain itu, terdapat juga lambang bulan dan bintang yang mempunyai 14 bucu pada bendera Malaysia.
Maksud Warna Bendera Malaysia
Warna Biru : Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi negara.
Warna Kuning : Warna kuning adalah warna Diraja. Ia melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Warna Merah : Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta
Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Artikel Menarik di Blogr.My
Maksud Lambang Bendera Malaysia
14 Jalur berselang seli antara warna merah dan putih membawa maksud gabungan negeri yang terdapat dalam malaysia iaitu 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.
Bintang pada Bendera Malaysia mempunyai 14 bucu dimana ia membawa maksud perpaduan kepada semua negeri dan Wilayah Persekutuan.
Bulan pada bendera Malaysia melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negara.
Maksud Jalur Gemilang
Jalur membawa maksud 14 jalur yang berselang seli antara merah dan putih dimana gambaran satu haluan yang lurus dan hala tuju yang sama arah yang dianuti oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mencapai kegemilangan bangsa dan negara
Gemilang pula ialah cahaya, terang – benderang dan cemerlang.
Jalur Gemilang membawa maksud kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam semua bidang

Rekabentuk Bendera Malaysia

Reka Bentuk Asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu Pada Tahun 1949
Pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George IV. Bendera ini telah dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu (1950-1963)
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini diadakan di Padang Kelab Selangor. Bendera ini telah dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ yang buat pertama kali diperdengarkan kepada umum.
Bendera Malaysia (1963-Terkini)
Bendera Malaysia berasal daripada Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadikan penambahan pada jalur dan bintang pecah dari 11 kepada 14 yang menunjukkan 14 buah negeri bermula 16 September 1963 dengan nama baharu negara iaitu Malaysia.
Walaupun Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan sehingga hari ini yang melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Cara Gantung Bendera Malaysia Jalur Gemilang
Tahukah anda, nak pasang bendera pun ada caranya? Jom tonton dan kibarkan Jalur Gemilang
Panduan Cara Lupus Jalur Gemilang
Bendera Jalur Gemilang yang yang sudah uzur ini tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan dan dengan penuh rasa hormat.

Lagu Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua….
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu saura satu semengat
itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang
di bawah naunganmu
Jalur Gemilang
kita semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang
Megah kami terasa
Jalur Gemilang
Kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kita semua
Berkibarlah… Berkibarlah.. Berkibarlah…
Jalur Gemilang
Contoh Gambar Bendera Malaysia PNG

Muat Turun dalam bentuk PNG: Bendera Malaysia PNG

Muat Turun dalam bentuk PNG: Bendera Malaysia PNG

Muat Turun dalam bentuk PNG: Bendera Malaysia PNG
Tiktok Merdeka
KPKT ada anjurkan pertandingan tiktok merdeka. Hadiah menarik ditawarkan Apalagi join sekarang. Info lanjut: https://blogr.my/tiktok-merdeka-kpkt/
Jom hayati pantun merdeka dan kongsikan di media sosial anda.