Sejak lagu-lagu GISB Holdings (GISBH) mula tular di pelbagai platform media sosial, ramai yang secara spontan turut ‘menyanyikannya’. Pelbagai doktor pun tutut mengatakan yang perkara ini dikatakan sebagai fenomena earworm.
Menurut berita harian, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan lirik lagu GISB Holdings (GISBH) yang dikatakan membawa ajaran sesat.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan menyeru agar nyanyian lagu tersebut, yang kini tular di media sosial, segera dihentikan.
“Lirik lagu ini seakan-akan zikir kerana ia wujud sejak zaman pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad, dan kini parodi lagu itu kembali tular di media sosial.
“Oleh itu, saya menasihatkan agar menghentikan segera kerana ia boleh memesongkan akidah,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, hari ini.
Kebelakangan ini, media sosial banyak dipenuhi dengan parodi yang mengagungkan Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).
Antara lagu GISBH yang tular ialah lagu Pasar Ikhwan di Putrajaya yang kemudian telah diparodikan menjadi lagu Abuya Skibidi.