Bagi seseorang yang peka dengan kucing mesti pernah ternampak kucing makan rumput kan? Pernah terpikir tak kenapa kucing suka makan rumput? Kejap kejap hidu, lepastu gigit rumput kemudian nampak seakan akan mengunyah rumput.
Isi Kandungan
Sebab Kucing Suka Makan Rumput
Ada beberapa sebab kenapa kucing suka makan rumput mengikut pakat Vet
- Melancarkan fungsi pencernaan
- Mengikut pakar haiwan dari Akademi Perubatan Haiwan. Anne Crooks, kucing makan rumput adalah elok untuk sistem pencernaan kucing tersebut. Ia bertujuan untuk mengawal hairball ataupun gumpalan bulu yang berada dalam perut haiwan tersebut. Jika dibiarkan boleh menyebabkan kucing tersebut hilang selera makan dan sebagainya.
- Muntah jadi mudah
- Bila tengok kucing makan rumput lepastu kucing tu muntahkan balik. Pernah terpikir kenapa kucing muntah lepas makan rumput tu. Tujuannya adalah rumput akan membantu kucing memuntahkan gumpalan bulu, tulang serta makanan yang tidak dapat dicerna.
- Asid folik
- Apabila kucing makan rumput maka asid folik akan menjadi seimbang di dalam badannya. Ini kerana rumput merupakan sumber asid folik yang mudah didapati. Asid folik mampu membantu pertumbuhan, percenaan, sintesis DNA selain membantu menambah sel darah merah kucing.
- Mendapatkan Vitamin dan Mineral
- Kucing juga memerlukan vitamin dan mineral semulajadi tahu. Jadi dengan memakan rumput akan mengekalkan vitamin dan mineral di dalam badan kucing tersebut.
Rumput Untuk Kucing Anda
Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput.
Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah.
Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut.
Tetapi, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.
Jadi better anda dapatkan rumput untuk kucing dan tanam sahaja dalam pasu untuk si manja anda.
Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh di celah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari. Atau beli je di
Walaupun kucing suka makan rumput untuk membantu pencernaan, pemberian makanan kucing terbaik yang lengkap dengan serat dan nutrien boleh mengurangkan keperluan mereka untuk mencari alternatif di luar.
Ketahui lebih lanjut tentang cara menghapuskan kutu dengan produk yang berkesan dalam artikel mengenai ubat kutu kucing terbaik.