Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Gigit

Sebagai pemilik kucing mesti anda pernah hadapi tetiba kucing anda menggigit anda. Tengah main main manja dengan kucing je tupp dia gigit. Kenapa kucing suka gigit dan apa sebabnya.

Kenapa Kucing Suka Gigit

Mesti anda sebagai pemilik kucing pelikkan kenapa tengah seronok bermain je si kucing tu gigit anda. Kucing gigit ada sebab di mana

  1. Rangsangan berlebihan
    • Jangan terlampau seronok bermain dengan kucing sampai melebih-lebih lagi lagi bahagian sensitif seperti bawah perut, ekor dan sebagainya. Kucing menggigit anda tu sebagai amaran anda terlebih merangsangnya
  2. Gaduh manja
    • Kekadang si kucing ni nak bermanja-manja dengan kita tu yang ia gigit. Sampai kita sengaja usik nak suruh si kucing tu gigit lagi. Ye la sebab masa gaduh manja ni kucing tak gigit pakai tenaga. Jangan sampai terlebih gigit pula, luka nanti
  3. Sakit
    • Mungkin kucing anda tengah tak sihat time tu menyebabkan ia menggigit. Ini untuk melepaskan rasa tak selesa dalam badan
  4. Kucing tunggal
    • Ni pun salah satu punca si kucing menggigit anda lagi lagi anak kucing. Kalau korang perasan kucing ni semasa kecik suka bermain-main dengan adik beradik dia yang lain. Jadi kalau ada eekor je anak kucing tu memang andalah jadi mangsa permainan dia
    • Anak kucing biasanya akan berhenti menggigit apabila mencapai umur matang iaitu antara 6 hingga 8 bulan.
  5. Dominans
    • Selalunya ia merupakan tabiat kehaiwanan yang memerlukan untuk kucing menunjukkan dominasi dan respon terhadap ancaman. Apabila di dalam rumah kucing anda menggigit anda kerana mereka ingin menunjukkan siapa yang berkuasa. Jika kucing anda berkelakuan begini ia hanya menunjukkan sifat dominasinya terhadap anda.
  6. Komunikasi
    • Kucing anda juga menggigit sebagai satu bentuk komunikasi. Selain dari berbunyi, ada kucing yang menggunakan cakaran jika mereka inginkan sesuatu seperti makanan, buka pintu, nak keluar atau bersihkan kotak pasir.

Apabila kucing suka menggigit, mungkin ia sedang mencari cara untuk melepaskan stres, dan pemberian makanan kucing terbaik yang seimbang dapat membantu mengurangkan masalah ini

Tips Elak Kucing Gigit

Ada cara untuk menghentikan si kucing dari berterusan menggigit. Anda boleh melakukan perkara berikut

  1. Elak Main Guna Tangan
    • Elakkan bermain dengan si kucing anda menggunakan tangan sebaliknya gunakan permainan. Ini dapat mengelakkan kucing tersebut menjadikan tangan anda sebagai mangsa buruannya dengan menggigitnya
  2. Belikan permainan
    • Permainan yang sesuai untuk diberikan kepada kucing untuk tujunan menggit juga amat digalakkan. Ini bagi membuatkan si kucing tersebut ada benda untuk digigit.
  3. Tunjukkan siapa dominans
    • Marah dan cakap dengan kuat tetapi bukan dengan cara menjerit. Kucing tidak respon kepada perkataan berbanding anjing tetapi akan respon kepada kelantangan suara anda.
  4. Buat endah tak endah
    • Kucing yang cuba untuk berkomunikasi anda dengan menggigit akan cuba cara yang lain pula sekiranya anda tidak respon dengan gigitan.
  5. Tiang Mencakar
    • Tiang mencakar untuk kucing rumah anda untuk mengasah kukunya merupakan satu pembelian yang bermanfaat. Ia merupakan cara terbaik untuk anda mengelakkan gigitan dan cakaran anak kucing anda yang menyakitkan.
kenapa kucing suka menggigit

Cara Terbaik Elak Kucing Menggigit

Cara terbaik untuk mengatasi masalah suka menggigit ini adalah dengan alihkan tenaga dan perhatian si bulus kepada aktiviti lain? Anda boleh berikan mainan yang akan mengalihkan perangai menggigitnya itu ke arah perlakuan yang suka bermain-main. Lama kelamaan perangai suka menggigit akan hilang begitu sahaja .

Dapatkan mainan untuk kucing anda menggigit di

kenapa kucing suka gigit

Ingin tahu ubat kutu yang sesuai untuk kucing anda? Lihat senarai ubat kutu kucing terbaik yang kami cadangkan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!