Kenapa Kucing Muntah dan Cara Merawat

Bagi yang bela kucing tu memang akan hadap masalah ni. Mesti korang tertanya-tanya kenapa kucing muntah? Salah makan ke atau ada virus.

Kenapa Kucing Muntah

Kenapa Kucing Muntah

Ada banyak jenis kucing muntah sebenarnya. Ni kami listkan mengikut info yang kami terima.

Jenis jenis Muntah Kucing

  • Kucing muntah warna kuning
    • Maksudnya kucing anda tu asid gastrik dah ada. Maksudnya dia dah lama tak makan. Kalau makan pun gastrik tadi tolak balik makanan keluar. Pergi klinik vet dan kena amik ubat gastrik. Makan ubat gastrik tu 30 minit sebelum bagi makan
  • Kucing muntah hairball
    • Kalau kucing anda muntahkan hairball tu perkara biasa sebenarnya. Biasanya kucing yang bulu gugur alami masalah muntah hairball.
  • Kucing muntah berbuih
    • Puncanya sebab perut kucing tu dalam keadaan kosong. Tapi ada juga yang sebab kucing tu makan bendasing, ataupun sebab ada cacing dalam usus.
  • Kucing muntah makanan
    • Ni biasanya disebabkan kucing korang gelojoh sangat time makan. Sebab lama sangat tunggu makanan tu yang gelojoh tu. Tambahan lagi bekas makanan kucing tu pastikan bersih dan kalau sisa mkanan lama masih ada kalau boleh buang dulu dan baru letak yang baru.
  • Kucing muntah hijau
    • Kalau muntahnya warna hijau atau bau dia so nyummy sampai korg pun tak tahan, kemungkinan disebabkan oleh bakteria atau parvo virus. Kalau muntah macam ni sila pergi ke klinik VET ASAP. Jangan tunggu lagi takut bendanya jadi makin teruk.
  • Kucing muntah cacing
    • Ni lain tak bukan, cacing dah buat kampung dalam perut dan usus kucing korang siap ada penghulu semua. Jadi kalau kena macam ni, pergi vet minta ubat cacing atleast 3 bulan sekali. Lagi satu jangan biarkan makanan tu terbiar lama takut lalat hinggap. Lagi-lagi yang suka sangat bagi wetfood tu. Lalat suka mai tau, jadi kena alert okay.
  • Kenapa Kucing muntah darah
    • Kekadang kucing kita ni suka sangat pi gigit sana sini jilat tak tentu pasal, dikhuatiri tempat mereka gigit or jilat tu ada racun yang mungkin tidak disengaja letak atau disengaja letak, kita pun taktau. So bila kucing kita muntah darah ni macam biasa terus pergi ke klinik VET dan doktor akan periksa dan melakukan rawatan susulan.

Cara Merawat Muntah Kucing

Jika ada kucing yang hadapi masalah di atas, teruslah bawa kucing tu ke klinik vet. Rawat sebelum makin teruk.

Kalau ada kucing yang sakit parvo, selesema atau demam, boleh cuba berikan air rebusan rumput helikopter pada kucing tersebut terlebih dahulu sebelum bawa ke klinik.

Kucing yang hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.

Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh di celah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari. Atau beli je di

Cara Buat Air Rebusan Rumput Helikopter

rumput helikopter kucing muntah
  •  Cabut rumput ini bersama akarnya.
  •  Bersihkan tanah dari akar dan daun.
  •  Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.
  •  Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
  •  Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.

Sekiranya selepas diberikan air rebusan ini, kucing anda masih muntah, bawalah ke klinik vet yang berdekatan dan doktor akan periksa dan lakukan tindakan susulan.

Muntah pada kucing boleh berpunca daripada makanan yang tidak sesuai, jadi memastikan mereka makan makanan kucing terbaik yang mudah dihadam boleh membantu mengelakkan masalah ini.

Pelik kenapa kucing jelir lidah?

Sesekali tingkahlaku ini kelihatan comel namun sekiranya kucing anda seringkali menunjukkan tingkahlaku ini, anda perlu mengambil perhatian. Kadangkala tingkahlaku ini menunjukkan kucing anda mengalami isu kesihatan yang tidak didiagnosakan.

Dapatkan maklumat terperinci tentang rawatan parasit yang paling berkesan dalam artikel ubat kutu kucing terbaik ini.

Leave a Comment

error: Content is protected !!