Cover letter disertakan sekali dengan contoh resume anda dan borang permohonan kerja. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan resume anda dan minta syarikat memberi perhatian pada faktor-faktor penting yang membolehkan anda ditawarkan temuduga dan seterusnya pekerjaan.
Kandungan Artikel
Contoh CoverLetter Bahasa Melayu
Cover letter ini adalah untuk permohonan kerja bagi fresh graduate untuk jawatan kerani akaun dan cv ini dihantar melalui emel. Tak perlu panjang sangat. Cukup sekadar sebagai pembuka kata. Cover Letter ini dalam bahasa melayu.
Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]
Assalamualaikum
Tuan/Puan,
Saya Ahmad Albab ingin memohon untuk mengisi jawatan kosong sebagai [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan di laman web [Nama Syarikat].
Saya dari [tempat belajar] di dalam jurusan [kelayakan pelajaran] dan bakal bergraduasi pada oktober 2023.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya sekarang didalam tempoh training di [nama syarikat] untuk tempoh kontrak.
Disini saya sertakan bersama resume sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
[Nama]
[No. Telefon]
Contoh CoverLetter Bahasa Inggeris
Berikut merupakan contoh cover letter dalam bahasa inggeris. Format yang sama, bahasa je yang berbeza.
Subject Email: Application for [Job Position]
Greetings,
Dear Sir/Madam,
I, Ahmad Albab, wish to apply for the vacant position of [Job Position] as advertised on the [Company Name] website.
I hail from [Educational Institution] with a major in [Educational Qualification], and I am set to graduate in October 2023.
For your information, I am currently undergoing training at [Company Name] under a contract period.
Attached herewith is my resume for your reference.
Thank you for taking the time to review my application, and I look forward to hearing from you for further discussions.
Thank you.
[Your Name]
[Phone Number]
Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.
Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?
Terdapat banyak contoh cover letter yang korang boleh jadikan rujukan tapi blogr telah susunkan dalam artikel ini cover letter yang terbaik sekali. Dibawah disertakan juga ciri-ciri dan format menulis cover letter supaya korang dipertimbangkan untuk ditemuduga.
Ciri-ciri Cover letter Yang Bagus
Untuk buat cover letter format ada beberapa panduan kena anda ikuti. Antaranya
- Cover Letter adalah surat peribadi. Elakkan daripada menyalin semula atau meniru Cover Letter orang lain. Cover Letter tidak seperti surat pekeliling
- Ceritakan kreativiti tersendiri
- Kertas yang digunakan hendaklah bersaiz A4, berwarna putih (kosong) dan bermutu iaitu bukan kertas buku latihan yang dikoyakkan
- Hendaklah ditulis dengan kemas dan bersih. Buat satu salinan untuk simpanan
- Tulis alamat, no. Telefon dan tarikh di sudut atas sebelah kiri
- Elakkan kesilapan ejaan, penggunaan tatabahasa hendaklah baik dan teratur
- Tulisan mestilah bersih dan kemas
- Apabila surat permohonan dikehendaki tulis tangan, hendaklah ditulis tangan. Maksud disebalik tulis tangan ialah untuk melihat diri atau personaliti seseorang individu, kemas dan bersih serta bertanggungjawab atau sebaliknya
- Jika sekiranya seseorang calon tahu bahawa tulisannya sukar dibaca dan difahami, sebaik-sebaiknya surat tersebut ditaip
- Tulisan tangan yang baik diperlukan dalam jawatan seperti bidang perakaunan, untuk buat laporan bertulis, membuat rajah dan lukisan
Format Karangan CoverLetter
Sebaiknya dalam cover letter tersusun dengan pengisian WHAT, WHY dan HOW. Berikut merupakan apa yang dikongsi oleh Tuan Ir Meor Shamshir.
WHAT | Siapa anda. Part ni anda perkenalkan diri dan juga disiplin anda. |
WHY | Kenapa anda hantar surat ini. Part ni anda perlu beritahu hasrat menghantar surat kepada bakal majikan. Seeloknya dinyatakan rujukan iklan jawatan kosong berkenaan. Part ini jika diulas dengan baik, akan menampakkan anda memang berminat dengan jawatan di syarikat ini, bukan main hantam saja |
HOW | Bagaimana untuk menghubungi anda. Part ni nak bagitahu bagaimana untuk mengenali anda dengan lebih dekat dan bagaimana untuk menghubungi anda. |
Penting. Jangan hantar resume dalam bahasa melayu lepastu cover letter dalam bahasa inggeris. Semoga dengan perkongsian contoh cover letter simple dari kami ini dapat membantu anda semasa memohon jawatan kerja kosong di mana-mana syarikat pun. Selamat maju jaya.