Resume nak kena ada warna ke? Atau hitam putih je? Mesti korang pening kan nak tahu mana 1 resume terbaik yang akan dapat panggilan temuduga.
Isi Kandungan
[iklanblogr1]
Dekat sini saya bagi 2 contoh resume. Cuba korang pilih mana yang terbaik.
Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

- Contoh Resume 1

- Contoh Resume 2
[iklanblogr2]

Sebenarnya kedua-dua resume ini bagus. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mengikut pendapat antara kedua resume tersebut, yang paling terbaik adalah contoh resume 1. Kenapa?
Ramai Pilih Contoh 1 Sebagai Resume Terbaik
Ini sebab kenapa resume contoh 1 tu merupakan resume paling terbaik dan mudah untuk dapat temuduga
- Kebanyakan company pakai sejenis sistem atau AI yang akan baca resume.
Syarikat biasanya menerima berpuluh-puluh atau mungkin ratusan resume yang disubmit oleh pencari kerja. Jadi mereka tiada masa nak semak 1 per satu.
Dan contoh resume 1 tu untuk company yang besar. Manakala yang contoh 2 tu sesuai untuk company kecik. Melainkan anda mohon kerja untuk bahagian design dan kreatif maka kena guna resume no 2.
Company besar kebiasaannya diaorang pakai software (Applicant tracking system) untuk tapis permohonan dan resume korang.
Buat resume ikut template 1 Insyaallah harapan cerah company besar panggil korang untuk interview.
[iklanblogr3]
- Nampak clean dan profesional
Resume no 1 menampakkan kebersihan serta sikap profesional anda semasa mohon kerja. Sebab tu semasa kaji selidik ni dibuat ramai mengatakan yang mereka diterima kerja kerana menggunakan contoh resume no 1.
Kiri adalah sangat ATS friendly dan senang untuk AI create profile yang lengkap dalam sistem. Gambar, icon, emoji, grafik untuk tujuan kosmetik memang ngam tapi untuk ATS tak boleh baca. Yang penting resume tersebut single column layout, tiada table serta guna font standard.
- Resume 1 untuk jawatan tinggi manakala no 2 untuk jawatan biasa
Kebiasaannya untuk mohon jawatan tinggi penemuduga akan memilih yang no 1. Sebab apa? Sebab ia nampak profesional berbanding resume no 2.
- Tengok atas jawatan yang dimohon
Kedua-dua contoh resume tu bagus sebenarnya tapi bergantung pada jawatan yang anda mohon serta syarikat apa. Kebanyakan syarikat besar akan memilih no 1 kerana sesuai dengan Aplicant Tracking System (ATS) yang diorang pakai.
Namun bagi syarikat atau jawatan dalam bidang kreatif atau design, maka resume yang no 2 akan menjadi pilihan penemuduga.
Penutup
Jadi anda dah tahukan nak pakai resume mana untuk mohon kerja? Kalau anda rasa was-was cuba guna no 1 dan mula hantar ke syarikat-syarikat yang ada serta upload di linkedin atau mana platform mencari kerja.
[iklanblogr4]