Contoh Resume Bahasa Melayu Inggeris Terbaik Dapat Temuduga

Adik sedang mencari contoh resume yang terbaik sebagai rujukan? Ya. Adik dah ada dekat tempat yang betul dah. Meh blogr share dekat adik-adik 1001 resume yang terbaik.

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja
tips resume kerja

Dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu, format ke, tips ke semua sama sahaja. Bahasa je yang berbeza.

Tips Tulis Contoh Resume Terbaik

Sebelum pencari kerja yang sedang mencari-cari contoh resume terbaik sebagai rujukan, blogr nak adik-adik pahamkan dulu beberapa tips yang adik-adik kena guna dalam resume tau.

Ramai yang tak ambil peduli dan ramai yang tak dipanggil interview sebab resumenya tak cukup format. Ni blogr share tips resume terbaik untuk adik-adik

FormatPenerangan
FontGuna Font Yang Profesional seperti Sans Serif fonts, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. HR tengok semua ni tau
Saiz FontSaiz font jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Saiz 10-12 sahaja.
Senaraikan PengalamanMasukkan pengalaman yang berkaitan dalam resume bahasa melayu atau inggeris dengan kerja yang dimohon
Resume Ringkas dan PadatBuat seringkas yang boleh tapi masukkan detail-detail yang penting untuk menangkap perhatian penemuduga
RujukanNi kalau ada lagi bagus. Sebab senang syarikat tempat adik interview tu boleh call untuk tanyakan pasal adik samada adik ni boleh buat kerja atau tak. Lagi tinggi pangkat bahagian rujukan ni lagi dipermudahkan untuk dapat kerja
LinkedIn AccountLink profile tu nanti adik boleh letak dalam resume. Nampak trusted sedikit.

Contoh Template Resume

Dekat luar sana ada berbagai contoh resume. Tapi mana satu yang sesuai dan mana satu resume yang betul untuk mohon kerja. Sekiranya adik-adik nak mohon kerja di bidang grafik design atau bidang kreativiti, maka resume adik tu mestilah kena kreatif dan ada warna-warna. Barulah sesuai dengan bidang yang diminta.

Contoh Resume Grafik Design 1

Contoh Resume Grafik Design 2

Adik tengok resume contoh untuk grafik design yang blogr bagi dekat atas tu. Baru sesuai untuk mohon kerja bagi jawatan grafik design. Menarik, kreativiti semua ada.

Ada banyak lagi sebenarnya resume bagi bidang grafik design ni. Adik tengok dekat Canva dan taip resume for graphic design dekat bahagian search tu. Pilih je mana yang menarik. Sebab HR bidang kreativiti ni tengok resume yang menarik baru dia panggil.

Ni pendapat blogr la. Blogr pun tak tahu mana betul mana salah. Sebab kalau ikut logik, grafik design untuk mereka yang kreatif. Kan?

Kalau adik nak mohon jawatan yang profeisional sedikit adik kena memilih resume yang betul-betul terbaik. Sebabnya kebanyakan syarikat macam tu diorang pakai AI untuk semak resume adik tau.

Bila dah semak pakai AI, baru dia panggil datang interview. Cuba adik tengok contoh resume yang blogr bagi ni.

Contoh Resume Profesional

Cuba komen sikit kenapa resume ni menjadi pilihan HR untuk panggil adik pergi interview? Takpela. Meh blogr bagitahu sebab apa.

Kebanyakan company pakai sejenis sistem atau AI yang akan baca resume

Sebab kebanyakan syarikat macam ni diorang akan menerima berpuluh dan boleh cecah ratus resume, jadi takkanlah diorang nak baca semua. Jadi diorang pakai AI yang diberi nama Applicant Tracking System untuk menapis permohonan dan resume adik-adik tu.

Mesti adik baru tahukan.

Download Contoh Resume Terbaik

Kalau adik-adik semua mencari contoh nak buat resume yang terbaik, tak kiralah resume bahasa melayu atau bahasa inggeris adik boleh tengok laman web bawah ni. Ni semua blogr bagi tempat untuk generate resume secara auto. Pilih je mana ok ye.

Soalan Lazim (FAQ)

Macam mana nak download contoh resume bahasa Melayu ni ye?

Tiada link download sebab blogr nak adik belajar cara buat resume yang terbaik

Adakah saya akan dapat interview dengan format resume ini?

Jangan bimbang. Kalau anda ikut format resume yang diberikan, InsyaALLAH anda akan dipanggil interview

Resume bahasa melayu ke Inggeris yang sesuai untuk mohon kerja?

Resume bahasa melayu atau inggeris, ia bergantung pada syarikat yang anda mohon.

Kalau internship sesuai ke guna contoh resume bahasa melayu?

Resume yang kami berikan ini sesuai untuk semua. Kalau company besar buatlah dalam bahasa inggeris

Perluka saya menghantar cover letter sekali bersama resume?

Perlu dik. Ini kerana cover letter menerangkan tujuan resume. Bacaan lanjut di Contoh Cover Letter

Jemput masuk ke Telegram Channel saya!

Leave a Comment