Dato’ Nassaruddin merupakan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik menggantikan YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob yang memegang amanah tersebut selama dua penggal iaitu dari tahun 2013 hingga 2023.
Beliau memenangi kerusi dun Meranti Kelantan mengalahkan pencabarnya dari Barisan Nasional dengan majoriti undi 9,154 dimana PN mengekalkan Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRN yang lalu.
Sumber: Astro Awani
Biodata YAB Dato’ Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud
Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Ustazah Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob.
Nama : Dato Hj Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud
Isteri : Datin Wan Nor Hanita Bt Wan Yaacob
Anak : 7 Orang
Asal : Pasir Mas
Umur : 58 Tahun
Pendidikan
- Sek. Keb. Meranti
- Sek. Men. Arab Pasir Mas
- Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu
- Universiti Al-Azhar, Mesir
Pekerjaan
- Guru Yayasan Islam Kelantan
- Timbalan Speaker DUN Kelantan (2005-2008)
- ADUN Meranti (1995-2018)
- Exco Kerajaan Negeri Kelantan (2013-Kini)
Jawatan Politik
- Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang
- Timbalan YDP PAS Pasir Mas 9hingga sekarang)
- AJK PAS Pusat 9hingga sekarang)
- Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan
- Menteri Besar Kelantan
Augerah Kebesaran
- 2019: Gelaran Kebesaran Negeri Dato’ Bergelar – Dato’ Panglima Perang
- 2018: Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) – Dato’
- 2010: Darjah Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) – Dato’
- 2007: Setia Jiwa Mahkota Kelantan (JMK)
Baca juga: Biodata Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor