Memilih tadika yang sesuai amat penting bagi perkembangan anak-anak, terutama untuk pendidikan awal yang berkualiti. Brainy Bunch yang merupakan antara senarai tadika di Malaysia yang menawarkan tadika Islamik Montessori yang menggabungkan pembelajaran akademik dan nilai Islam dalam suasana kondusif dan selamat.
Isi Kandungan
Dengan sistem pendidikan yang inovatif melalui pendekatan Brainy SPICE, tadika ini menjadi pilihan utama bagi ibubapa yang mencari asas yang kukuh untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Artikel ini akan menerangkan tentang detail yuran Brainy Brunch bagi tahun 2025.
Yuran Brainy Bunch 2025

Untuk 2025, struktur yuran Brainy Bunch terbahagi kepada beberapa kategori utama:
- Yuran Tahunan: Bayaran pendaftaran tahunan berdasarkan peringkat umur.
- Yuran Bulanan Mengikut Sesi: Tiga pilihan sesi dengan yuran berbeza — Sesi Biasa, Sesi Bintang, dan Sesi Penuh.
- Yuran Aktiviti Wajib: Yuran untuk aktiviti asas yang perlu diikuti oleh pelajar.
- Yuran Tambahan Pilihan: Kos untuk program dan kem tambahan, seperti Kit Bacaan, Kem Sains, dan Program Bahasa.
Yuran Pendaftaran
- Yuran Tahunan (3-6 tahun): RM1,800
- Yuran Tahunan (2 tahun): RM1,400
- Yuran Enrolmen: RM150
Yuran Bulanan Mengikut Sesi
Tiga sesi pembelajaran ditawarkan, masing-masing dengan tempoh dan yuran berbeza:
- Sesi Biasa (8am-12pm):
- Tipe A: RM380
- Tipe B: RM360
- Sesi Bintang (8am-3pm):
- Tipe A: RM680
- Tipe B: RM560
- Sesi Penuh (7am-7pm):
- Tipe A: RM780
- Tipe B: RM660
Yuran Aktiviti (Wajib)
- Pra-Sekolah: RM360
- PlaySchool: RM260
Yuran Tambahan (Tidak Wajib)
Yuran tambahan ini memberi anak peluang meneroka kemahiran baru dalam persekitaran yang menyokong:
- Kit Bacaan Brainy Bunch: RM250
- Program Bahasa Mandarin: RM100
- Kem Sains: RM150
- Kem Solat: RM100
Seragam Sekolah
Untuk keseragaman, beberapa keperluan pakaian disediakan oleh Brainy Bunch:
- Uniform Gala: RM60
- Uniform Sukan: RM60
- Jubah Hijau (Konsert Tahunan): RM60
- Hijab (Konsert Tahunan, jika diperlukan): RM20
Pecahan ini membolehkan ibubapa merancang bajet pendidikan secara lebih efisien sambil memastikan kualiti pendidikan terbaik untuk anak-anak.
Mengapa Brainy Brunch Menjadi Pilihan
Brainy Bunch memberi penekanan kepada pendidikan holistik yang berlandaskan nilai Islamik dan Montessori. Tadika ini menonjol melalui pendekatan Brainy SPICE, yang menggabungkan akademik dan rohani untuk keseimbangan pembelajaran. Anak-anak mendapat persekitaran yang menggalakkan untuk berkembang dari aspek mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi yang menghantar anak ke taska, kerajaan ada menyediakan subsidi yuran taska.
Pendaftaran Tadika Brainy Bunch

Ibubapa yang berminat untuk mendaftar anak di tadika Brainy Bunch, anda bolehlah membuat pendaftaran secara online.
- Pergi ke https://www.brainybunch.com
- Pergi pada ‘Register’ dan klik pada ‘Register My Interest’
- Lengkapkan borang dan klik ‘Register Interest’.
FAQ Mengenai Yuran Brainy Bunch 2025
1. Apakah sesi yang sesuai untuk anak saya?
Setiap sesi direka mengikut keperluan pembelajaran yang berbeza. Bagi anak-anak yang memerlukan waktu belajar lebih lama, Sesi Bintang atau Sesi Penuh sesuai kerana ia memberi ruang untuk aktiviti sokongan dan perkembangan diri.
2. Adakah yuran tambahan ini wajib?
Tidak, yuran tambahan seperti kem sains dan program bahasa adalah pilihan, sesuai untuk ibubapa yang mahu anak mereka terlibat dalam aktiviti tambahan.
3. Apakah jaminan yang diberikan oleh Brainy Bunch?
Brainy Bunch menjamin pendidikan yang komprehensif, dari segi akademik dan rohani, dalam suasana kondusif yang mendorong anak-anak untuk belajar dan berkembang secara seimbang.
4. Berapakah yuran pendaftaran tahunan untuk Brainy Bunch?
Yuran pendaftaran tahunan bagi kanak-kanak 3-6 tahun adalah RM1,800, manakala untuk kanak-kanak 2 tahun adalah RM1,400.
5. Apakah pilihan sesi yang ditawarkan oleh Brainy Bunch?
Brainy Bunch menawarkan tiga sesi: Sesi Biasa, Sesi Bintang, dan Sesi Penuh, dengan waktu dan yuran bulanan berbeza.
6. Adakah terdapat yuran tambahan?
Ya, terdapat yuran aktiviti wajib dan pilihan tambahan, seperti Kit Bacaan dan kem-kem tertentu.
7. Apakah yuran seragam untuk pelajar?
Yuran untuk uniform Gala, uniform sukan, dan jubah tahunan adalah sekitar RM60 setiap satu.
8. Mengapa memilih Brainy Bunch?
Brainy Bunch menggabungkan pendekatan Montessori dengan nilai Islamik dalam suasana pembelajaran yang kondusif untuk perkembangan akademik dan spiritual.