EGUMIS: Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online 2023

Wang Tak Dituntut (WTD) ini merupakan sejumlah wang kepunyaan mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya, yang tidak dituntut oleh tuan punya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Contoh Wang Tak Dituntut

Wang Tidak Dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun. Antara contoh wang tak dituntut ialah

  • Gaji, upahan, bonus, komisen
  • Dividen
  • Tuntutan insurans
  • Draf bank
  • Simpanan tetap
  • Deposit atau cagaran
  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa

Dan lain-lain yang melibatkan sebarang simpanan atau faedah kepada pemilik

Semak Wang Yang Tidak Dituntut Menggunakan EGUMIS 2023

EGUMIS 2023 adalah merupakan sebuah portal bagi setiap individu membuat semakan sama ada mempunyai wang tidak dituntut (WTD) atau tiada. Untuk makluman, sehingga 31 Mei 2023 adalah berjumlah RM11.5 billion wang tidak dituntut yang belum dituntut dan ini bermakna ramai lagi yang masih belum membuat semakan.

Semak Wang Tidak Dituntut Menggunakan EGUMIS 2023

Setakat ini hanya RM3.4 billion sehingga 31 Mei 2023 jumlah tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD).

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut Dengan eGUMIS

Berikut merupakan cara semak wang tak dituntut menggunakan sistem eGumis secara online

Semakan Wang Tak Dituntut

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

Ini contoh wang tak dituntut sekiranya anda membuat semakan dan terdapat wang yang belum dituntut.

Sekiranya mempunya WTD yang boleh dituntut, maklumat akan dipaparkan dan tuntutan boleh dilakukan oleh individu. Proses pembayaran akan dilakukan apabila dokumen lengkap telah disahkan.

Pemohon Yang Boleh Memohon Wang Tidak Dituntut

Permohonan tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) hanya boleh dibuat oleh:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menuntut Wang

Sila pastikan dokumen dibawah ini adalah terang dan jelas ketika membuat tuntutan wang

  • Kad pengenalan (hadapan dan belakang) bagi warganegara Malaysia;
  • Dokumen pertukaran nama daripada agensi berkaitan (sekiranya ada);
  • Akuan Pelepashakan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya telah bertukar kerakyatan;
  • Pasport terkini dan pasport semasa transaksi dilakukan di Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan bagi bukan warganegara Malaysia;
  • Dokumen pengenalan diri Negara berkenaan bagi bukan warganegara Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan
  • Sijil Pendaftaran dan Sijil Pertukaran Nama (sekiranya berkaitan) bagi syarikat/firma.

Permohonan Wang Tak Dituntut

Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tidak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tidak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan seperti di pautan portal berikut: http://www.anm.gov.my/

Alamat Surat-menyurat Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (Ibu Pejabat):

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

Alamat Kaunter Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat):

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Selatan, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

Waktu urusan Kaunter Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (Ibu Pejabat):

Isnin – Khamis : 9.00 pg – 4.00 ptg (Tutup 12.30 t/hari sehingga 2.00 ptg)
Jumaat: 9.00 pg – 4.00 ptg (Tutup 12.15 t/hari sehingga 2.45 ptg)
Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Leave a Comment

error: Content is protected !!