Spritzer Pengeluar Air Mineral Utama di Malaysia

Air adalah sumber kehidupan yang amat berharga. Tanpa air, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik kerana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Mengikut kajian, manusia mampu hidup tanpa makanan selama beberapa hari, tetapi tanpa air, jangka hayatnya hanya sekitar tiga hari.

Oleh itu, penting bagi kita untuk sentiasa mengambil air yang bersih dan kaya dengan mineral untuk memastikan kesihatan tubuh sentiasa dalam keadaan optimum.

Di Malaysia, mendapatkan air minuman yang bersih bukanlah sesuatu yang sukar. Kita hanya perlu pergi ke mana-mana kedai runcit atau pasaraya terdekat untuk mendapatkan air minuman dalam botol yang dijual secara meluas. Salah satu jenama air minuman tempatan yang terkenal dan mudah didapati ialah Spritzer, pengeluar utama air mineral di negara ini.

Spritzer Berhad

Ditubuhkan pada akhir 1980-an oleh Lim Kok Cheong, Spritzer telah menjadi peneraju dalam industri air botol di Malaysia. Syarikat ini bukan sahaja terkenal dengan air mineralnya, malah turut menghasilkan pelbagai jenama air botol lain seperti Cactus, Summer, Desa, Tinge, dan Pop. Semua produk ini dipasarkan secara meluas dan popular di kalangan pengguna.

Pengeluar Terbesar Air Mineral di Malaysia

Segarkan Hari Anda dengan Air Mineral Spritzer! Klik untuk Tawaran Istimewa di Shopee Sekarang:

Menurut satu kajian oleh Euromonitor Research, Spritzer memegang sebanyak 48% daripada nilai jualan air botol di Malaysia, menjadikannya pengeluar air mineral terbesar di negara ini. Prestasi ini jauh mengatasi pesaing lain seperti Sea Master dan Evian yang masing-masing hanya memiliki 13.2% dan 9.8% daripada nilai pasaran.

Teknologi canggih dan automasi dalam proses pembotolan adalah antara faktor utama kejayaan Spritzer. Proses ini diawasi oleh barisan jurutera profesional dan sangat menitikberatkan aspek kebersihan, di mana tiada sentuhan tangan berlaku sepanjang proses dari sumber air hingga ke produk akhir. Kapasiti pengeluaran tahunan Spritzer mencecah 750 juta liter air dengan tiga kilang utama di Malaysia.

Sumber Air dari Hutan Hujan 220 Juta Tahun

Keunikan Spritzer terletak pada sumber airnya yang berasal dari kawasan hutan hujan seluas 390 ekar di Taiping, Perak. Tapak ini bukan sahaja bebas dari pencemaran, malah sumber airnya terletak pada kedalaman 420 kaki di bawah tanah. Air ini melalui beberapa lapisan batuan yang membekalkannya dengan mineral semulajadi sepanjang proses penyedutan.

Air Mineral Kaya dengan Silika

Salah satu kelebihan utama air mineral Spritzer adalah kandungan silika yang tinggi. Silika memainkan peranan penting dalam memperkuatkan tisu penghubung badan dan membantu dalam sintesis kolagen. Kolagen ini penting untuk kesihatan kulit, rambut, dan kuku. Menurut kajian, kandungan silika dalam air Spritzer adalah yang tertinggi berbanding jenama lain di Malaysia.

Disebakan inilah Spritzer merupakan salah satu dari air mineral terbaik di Malaysia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!