Internet rumah sering hadapi masalah buat je report dekat SKMM Customer Service. Sudah penat buat report ke customer service unifi, customer servis Astro, customer servis OneXOX dan sebagainya namun masalah tidak selesai malah bertambah buruk.
Isi Kandungan
Ada 1 cara lagi yang kami akan ajarkan untuk pembaca iaitu membuat report ke SKMM. Dimana admin pernah buat report dekat SKMM akan masalah internet di rumah blogr yang tak pernah selesai lespastu 5 buah kereta datang. Dari pekerja teknikal sampaila bos diorang datang untuk selesaikan. Puas hati blogr time tu. Akhirnya settle.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Jadi sekiranya anda ada masalah yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia buat je report dekat SKMM.
SKMM Customer Service Hotline Number
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi SKMM hotline number di 1-800-188-030 dan ejen SKMM akan bantu anda dengan segera. Berikut merupakan nombor hotline SKMM customer service untuk dihubungi
- Hotline SKMM: 1-800-188-030

SKMM Customer Service 24 Hours Number
SKMM kalau nak buat aduan cuma boleh buat aduan pada waktu bekerja sahaja. Sekiranya anda nak buat aduan di luar waktu bekerja terus sahaja buat aduan di bahagian online mereka iaitu https://aduan.mcmc.gov.my dan email mereka di aduanskmm@mcmc.gov.my. Jadi sekiranya ada masalah terus sahaja buat aduan secara online. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Masalah Yang Memerlukan Bantuan SKMM
Antara masalah yang sering dihadapi pelanggan yang memerlukan bantuan SKMM ialah
- Internet rumah kerap bermasalah
- Line telefon macam chipsmore
- Kena scam atas talian oleh seseorang
- Kena cyberbully melalui platform media sosial
- dll
Oleh itu blogr akan kongsikan SKMM hotline number bagi memudahkan pelanggan menghubungi mereka untuk mendapatkan sebarang bantuan mengenai masalah yang dihadapi.
Waktu Operasi SKMM Hotline Number
Pihak careline SKMM customer services beroperasi setiap hari Isnin sampai Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Manakala hari Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor perkhidmatan hotline tidak berfungsi. Jadi sekiranya anda menghadapi masalah, terus sahaja hubungi pihak SKMM customer servis supaya masalah yang anda hadapi akan selesai.
Sekiranya anda menghadapi masalah kecemasan berkaitan SKMM anda juga boleh terus buat aduan online customer service SKMM yang beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu di Aduan Online SKMM.
Cara Buat Aduan Dekat SKMM Customer Servis
Pastikan anda tahu masalah yang dihadapi terlebih dahulu sebelum menghubungi hotline nombor SKMM. Cara buat aduan kerosakan kepada pihak SKMM ialah
- Sila hubungi mana-mana nombor customer service di atas
- Pastikan hubungi ketika waktu operasi sahaja
- Anda akan bercakap dengan pegawai customer servis
- Terangkan masalah yang anda hadapi kepada pegawai tersebut dan mereka akan membantu anda
- Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan sila buat open report supaya pihak teknikal SKMM akan membantu anda.
Bagi yang menghadapi masalah dengan KWSP, AKPK atau Indah Water boleh buat aduan di KWSP Customer Service, AKPK Customer Service atau Indah Water Customer Services.