Skim Khairat Kematian kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah turut disediakan dalam senarai bantuan kerajaan Madani tahun 2023. Tujuan Skim Khairat ini adalah untuk meringankan beban ahli keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga.
Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023
Kandungan Artikel
Apakah Skim Khairat Kematian Sumbangan Tunai Rahmah?
Khairat kematian merupakan wang sedekah ataupun derma yang diberikan kepada waris yang baru kematian ahli keluarga. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023 layak menerima Skim Khairat Kematian ini pada tahun 2023 jika ada berlaku kematian ahli keluarga pada tahun tersebut.
Jumlah Tuntutan SKK 2023
Kepada mereka yang layak serta penerima STR 2023 akan boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 bermula 17 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023. Mereka yang menuntut SKK pada tarikh tersebut adalah untuk kematian yang berlaku pada 01 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
Kelayakan Menerima Skim Khairat Kematian STR
Pemohon yang menerima STR bagi tahun 2023 layak menerima SKK dengan syarat
Kategori Bukan Warga Emas
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023
Permohonan Warga Emas
Warga Emas yang Lulus Permohonan STR 2023 atau menerima bayaran Fasa 1 atau Fasa 2 dan berstatus Tidak Layak / Tidak Lulus STR 2023 bagi kategori:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;atau
- Bujang; atau
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023
Individu meninggal dunia yang layak SKK
- Pemohon
- Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2023 dan berstatus Warganegara
Cara Tuntutan & Dokumen Yang Perlu Dibawa
Kaedah Tuntutan SKK adalah secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Dokumen yang perlu dibawa ketika membuat tuntutan Khairat Kematian ini ialah
- Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau
- Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu)
Sekiranya pemohon atau pasangan tidak dapat hadir untuk menunaikan SKK ini maka dokumen tambahan berikut diperlukan iaitu
- Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
- Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di
- hospital; atau
- Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
- Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
- Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon /Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara
Jika pemohon berada di penjara atau pusat serenti maka dokumen tambahan yang diperlukan ialah
- Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon/ Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau
- Tempoh masa Surat Pengesahan
- Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
- Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023).
Waris Yang Layak Membuat Tuntutan
Hubungan waris yang layak tuntut SKK adalah seperti berikut
Permohonan Kategori Kahwin
- Pasangan (wujud pada permohonan STR 2023); atau
- Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2023) meninggal dunia; atau
- Waris berdaftar pada Permohonan STR 2023 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.
Hubungan Waris yang layak adalah
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
Maklumat Lanjut Skim Khairat Kematian STR
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
- Hotline STR LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Email: str@treasury.gov.my
- Laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Alamat
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Soalan Lazim (FAQ)
Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah waris yang layak didaftarkan sebagai waris?
Waris yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan STR 2023 sahaja.
Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris?
Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR Walau bagaimanapun, bagi waris yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu di bawa serta hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di kaunter BSN.
Soalan lain boleh rujuk: Soalan Lazim SKK 2023