SK Magic Customer Service: Cara Hubungi Dan Buat Aduan

Sekarang ni kebanyakan rumah dah ada penapis air mahupun penapis udara. Tak kiralah dari jenama Cuckoo , Coway mahupun SK Magic. Bagi yang pakai penapis air tu, pernah tak hadapi masalah lepastu tercari-cari SK Magic Customer service number?

Artikel kalini blogr nak kongsikan mengenai hotline SK Magic customer service bagi memudahkan pelanggan menghubungi mereka untuk membuat sebarang aduan masalah yang dihadapi berkenaan penapis air mereka.

Masalah SK Magic Penapis Air

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna penapis air SK Magic ialah

  • SK Magic Tersumbat, Air Tak Masuk Tangki
  • Valve Rosak Penapis air SK Magic
  • Suhu air SK Magic tak panas
  • Penapis Air Tidak Keluar Air
  • Filter SK Magic tersumbat
  • Air sejuk tak keluar
  • Air lambat masuk
  • Penapis Air SK Magic Berkelip-kelip
  • Nak pindah rumah
  • dll

Sekiranya pelanggan menghadapi salah satu dari masalah di atas atau yang tidak tertulis maka terus sahaja hubungi SK Magic customer servis.

SK Magic Customer Service Hotline Number

Untuk makluman semua, SK Magic Customer Service Hotline ialah 1-800-18-7878. SK Magic bersedia membantu anda pada setiap masa. Hanya yang terbaik untuk anda.

SK Magic Customer Service Hotline

Atau anda juga boleh emailkan kepada customer service SK Magic di callcentre@skmagic.com.my

Waktu Operasi SK Magic Hotline Number

Pihak careline SK Magic customer services beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat, manakala 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada hari sabtu. Jadi sekiranya anda menghadapi masalah, terus sahaja hubungi pihak SK Magic customer servis supaya masalah yang anda hadapi akan selesai.

Cara Buat Aduan Dekat SK Magic Customer Servis

Pastikan anda tahu masalah yang dihadapi terlebih dahulu sebelum menghubungi hotline nombor SK Magic. Cara buat aduan kerosakan kepada pihak SK Magic ialah

  • Sila hubungi nombor customer service di atas
  • Pastikan hubungi ketika waktu operasi sahaja
  • Anda akan bercakap dengan pegawai customer servis
  • Terangkan masalah yang anda hadapi kepada pegawai tersebut dan mereka akan membantu anda
  • Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan sila buat open report supaya pihak teknikal SK Magic akan membantu anda.

Sekiranya anda hendak terus walk in ke SK Magic customer service centre yang berdekatan anda untuk membuat aduan pun boleh juga.

Akhir Kata

Bagi yang dah habis kontrak ataupun nak mencari penapis air selain dari 2 jenama di atas, bolehla cuba penapis air e spring dari Amway ni juga

Baca juga

2 thoughts on “SK Magic Customer Service: Cara Hubungi Dan Buat Aduan”

  1. saya syorkan kepada semua jangan guna penapis air sk magic ni. tak guna.air slow dan
    macam2 masalah. awal nya tak bagitau sampai agreement 7 tahun. penipu . nak tukar tak bagi . kita pulak kena bayar kat dia banyak

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!