SSP adalah singkatan kepada Sijil Simpanan Premium yang di keluarkan oleh BSN.
Isi Kandungan
Sijil Simpanan Premium
BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) merupakan produk Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi hadiah cabutan yang menarik.
Berbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun.
Tempoh matang sijil simpanan premium bsn pun, tidak lama hanya 45 hari sahaja dari tarikh anda melakukan pembelian.
Kelayakan tempoh simpanan minimum BSN SSP bagi Cabutan Istimewa RM1 Juta adalah sembilan puluh (90) hari.
Kelebihan Sijil Simpanan Premium BSN
- Merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
- Merupakan produk simpanan PATUH SYARIAH yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan BSN SSP.
- Simpanan BSN SSP dijamin oleh kerajaan
- Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki BSN SSP (minimum RM5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah BSN SSP.
Jenis Cabutan SSP BSN
Untuk 2024, BSN SSP menawarkan sepuluh (10) cabutan Sijil Simpanan Premium BSN seperti senarai dibawah:
- Cabutan Jutawan
- Cabutan Bulanan
- Cabutan Wilayah
- Cabutan Penyimpan Baru
- Cabutan Penyimpan Muda
- Cabutan Kesetiaan
- Cabutan Istimewa Guru dan Pekerja Barisan Hadapan
- Cabutan Akaun Gaji
- Cabutan Simpanan Konsisten
- Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50
Syarat Kelayakan
Cabutan Jutawan SSP
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM3,000.
- Tempoh simpanan minimum: enam puluh (60) hari*
- *Tidak terpakai untuk Cabutan Bulan November.
Cabutan Bulanan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM10.
Cabutan Wilayah
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
Cabutan Penyimpan Baru
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500 dan Pelanggan baharu bank*.
- *Pelanggan baharu bank merupakan akaun BSN SSP yang dibuka 12 bulan sebelum tarikh cabutan.
Cabutan Penyimpan Muda
- Individu berumur 12 – 21 tahun*.
- Simpanan minimum: RM100.
- *Had umur Pelanggan yang layak adalah 21 tahun, 11 bulan dan 30 hari.
Cabutan Kesetiaan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
- Tempoh simpanan minimum: 20 tahun dan ke atas.
Cabutan Istimewa Guru dan Pekerja Barisan Hadapan
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
Cabutan Akaun Gaji
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Pelanggan mestilah pemegang akaun gaji BSN.
- Simpanan minimum: RM500 dan purata baki RM1,000 dalam akaun gaji sebelum tarikh cabutan.
Cabutan Simpanan Konsisten
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM100.
- Simpanan berterusan minimum tiga (3) bulan secara berturut-turut bulan bermula Januari 2024.
- Gandaan Penyertaan bagi penyimpan yang membuat simpanan berterusan selama 12 bulan berturut-turut.
Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50
- Individu berumur 12 tahun ke atas.
- Simpanan minimum: RM500.
6 Cara Menyimpan Dengan SSP BSN
Terdapat banyak cara anda boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). BSN SSP sekarang lebih mudah untuk diakses oleh semua. Antaranya ialah
Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM / Debit BSN
- Pilih Bahasa.
- Masukkan nombor PIN
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM / Debit BSN
- Pilih Bahasa.
- Masukkan nombor PIN
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN, hanya untuk
penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)
- Pilih Bahasa.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.bsn.com.my.
- Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
- Piilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi
Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit
BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN. - EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
Tips Menyimpan Sijil Simpanan Premium
- Pecahkan setiap pembelian pada jumlah sijil yang kecil, jangan pada jumlah yang besar. Cth: 0001- 00005. Kerana bila kita perlu tebus, kita perlu terbus semua sekali serentak.
- Jika dalam bentuk kecil mudah di tebus, jika besar kita perlu keluarkan semua & masuk semula. Membuatkan Peluang kita rendah semula.
- Makin lama simpan makin tinggi peluang kita untuk menang kerana nombor siri akan berganda setiap kali cabutan. Cabutan kesetiaan.
- Sijil yang melebihi rm 5300 boleh dipajak kembali kepada Bsn. Jadi tidak perlu tebuskan hanya pajak jika perlu tunai. Yang menarik kita masih boleh menang hadiah hadiah cabutan.
- Jika kita membeli sijil rm 100, kita akan dapat 10 nombor sijil. Bila mana kita mahu menebusnya kita perlu menebus keseluruhan 10 sijil tadi serentak. Tapi jika kita beli Rm 50, rm 50. Kita ada pilihan mahu tebus separuh atau semuanya sekali.
Semak Sijil Simpanan Premium Bsn
Anda boleh Semak Sijil Simpanan Premium Bsn di laman web BSN https://www.bsn.com.my dengan menggunakan no kad pengenalan atau no sijil SSP anda.
Jika pelanggan meninggal dunia, tuntutan hadiah boleh dibuat oleh waris yang sah di mana-mana Cawangan Bank mengikut prosedur semasa Bank.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai BSN di talian 03-21623222 Samb. 12620 / 15694 / 15686 / 15667.
Pusat Perhubungan Pelanggan
Bank Simpanan Nasional
BSN Customer Service: 1300 88 1900 / 03-2613 1900 (Luar Negara) / (Overseas)
Emel/Email: customercare@bsn.com.my