7 Tips Memilih Saiz Kasut Lelaki Yang Sesuai Untuk Sukan

Saiz kasut lelaki ni ada banyak jenis. Ada dalam UK, US, Inchi, centimeter dan sebagainya. Jadi bagaimana nak pilih saiz kasut bagi lelaki yang sesuai untuk sukan?

Untuk memilih saiz kasut yang sesuai untuk sukan ni kami dah bincangkan dalam artikel sebelum ini iaitu Cara Membeli dan Ukur Saiz Kasut Untuk Kaki lelaki, perempuan mahupun untuk kanak-kanak.

Kalini blogr.my nak kongsikan beberapa tips untuk memilih saiz kasut lelaki yang sesuai untuk bersukan. Ini kerana jika salah pilih akan membuatkan kaki kita merasa tidak selesa dan membawa kepada melecet.

8 Tips Memilih Saiz Kasut Lelaki Yang Sesuai Untuk Sukan

Ini antara beberapa cara pemilihan saiz kasut yang benar- benar sesuai dengan saiz kaki dan yang paling penting selesa untuk si pemakai.

Jenis Tapak Kaki

Jenis Tapak Kaki saiz kasut lelaki

Sumber: Maskulin

Ada 4 jenis bentuk tapak kaki. Bagaimana untuk tahu kaki anda jenis yang mana. Caranya ialah anda basahkan kedua-dua belah kaki kemudian berdiri atas kertas selama 10 saat. Kemudian alihkan kaki tersebut dan lihat kesan tapak kaki anda pada kertas tersebut.

Dari sini anda akan tahu saiz kasut untuk dipilih kerana ada jenis kasut tu akan bagitahu samada jenis flat, normal dan sebagainya.

Material Kasut

Pastikan anda mengetahu material kasut tersebut sebelum membeli. Ini kerana takut anda ada alahan atas bahan-bahan tertentu akan membuatkan kaki anda berasa tidak selesa. Untuk orang islam elakkan bahan kasut yang diperbuat dari benda yang haram.

Ada jenis kulit, getah, kanvas, suede dan mesh. Material mesh adalah lebih ringan dan selesa dipakai malah senang untuk dicuci contohnya kasut sukan. Jadi material adalah sangat penting dalam memilih saiz kasut lelaki untuk kegunaan sukan.

Berat Kasut

Saiz Kasut Lelaki Untuk Sukan

Pemilihan berat kasut juga penting semasa memilih saiz kasut yang sesuai untuk bersukan bagi lelaki. Jangan pilih kasut yang berat kerana ini akan membuatkan kaki akan cepat lenguh dan kita akan mudah merasa penat bila bersukan. Sedangkan bersukan untuk Keluarkan peluh nanti lain pula jadinya.

Kasut Tahan Lasak

Pemilihan kasut yang tahan lasak juga penting. Biar mahal asalkan kualiti dan jangka hayat kasut tersebut tahan lama. Maklumlah kita guna kasut tu untuk bersukan. Bersukan ni untuk jangka masa panang jadi pemilihan kasut yang tahan lasak amatlah penting.

Waktu Yang Sesuai

Saiz Kasut Lelaki Sesuai Untuk Sukan

Pastikan ketika anda nak memilih saiz kasut lelaki yang sesuai tu pilih waktu petang atau malam. Ini kerana pada waktu ini kaki kita akan mengembang jadi saiz kasut pada waktu ini akan memberikan keselesaan untuk anda.

Tapak Luar

Pastikan tapak luar yang sesuai untuk saiz kasut yang dipilih. Ini kerana setiap tapak adalah berbeza mengikut jenis aktiviti yang anda lakukan. Pastikan tapak kasut lebih tebal agar lambat haus dan memberikan cengkaman yang lebih kuat lagi-lagi untuk aktiviti sukan.

Pakai Stoking

Saiz Kasut Lelaki Yang Sesuai Untuk Sukan

Sebelum memilih saiz kasut tu, pakai dulu stokin supaya kasut yang dibeli akan betul-betul selesa. Jangan beli yang muat-muat sahaja semasa tak pakai stokin nanti takut bila pakai stokin kaki akan rasa ketat dalam saiz kasut tersebut.

Berdiri

Pastikan berdiri semasa mencuba kasut. Jangan sekadar duduk dan cuba kasut baru, sebaiknya berjalan beberapa langkah di sekitar kedai untuk pastikan kasut tadi benar-benar selesa dan kasut tersebut mampu menampung berat badan anda.

Kepentingan Saiz Kasut Untuk Lelaki

Jangan beli kasut kerana jenamanya atau harganya tetapi belilah kasut kerana keselesaannya. Bagi yang perempuan yang nak belikan kasut untuk lelaki pastikan anda ikuti tips yang telah kami berikan ini supaya tidak tersalah pilih. Nanti membazir.

Perlu ingat setiap kasut ada banyak jenis. Jangan pilih kasut untuk temuduga jeinis sukan pula. Sebelum temuduga tu pastikan resume ready. Nasib ada contoh resume ni.

Alang-alang merdeka dah dekat ni apakata readykan diri dengan ayat pickup line merdeka ni. Mana tahu ada pertandingan pickup line merdeka.

Leave a Comment

error: Content is protected !!