Meh saya share cara hilangkan batuk guna barang di dapur je. Musim-musim panas tak menentu ni biasanya ramai kena sakit batuk dan sakit tekak kan. Kalau batuk biasa tu takpe. Ni jenis batuk, sakit tekak tambah pulak gatal-gatal tekak. Kekadang lama ambil masa nak sembuh. makan ubat pun tak jalan. Pernah 1 kali tu anak kena batuk.
Lama jugak la nak sembuh. Makan ubat farmasi pun tak jalan. Satu hari ternampak ada orang share tips tradisional. Cuba punya cuba akhirnya kurang sikit batuk anak. Terima kasih pada yang share tu. So alang-alang anak dah sembuh dari batuk, kita nak share pula dekat pembaca kita tentang cara hilangkan batuk ni pula.
Isi Kandungan
Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda berkenaan dengan petua hilangkan batuk di rumah dengan mudah dan berkesan.
11 Petua Hilangkan Batuk Menggunakan Cara Tradisional
Dekat dapur je semua barang-barang ni. Banyak sebenarnya kebaikan barang-barang dapur yang kita tak tahu. ANtaranya untuk menghilangkan batuk tidak kiralah samada jenis batuk gatal atau batuk berkahak. Kalau tiada pun barang-barang ni boleh cari di kedai runcit atau pasaraya. Jom baca perkongsian kami kalini mengenai petua hilangkan batuk paling berkesan menggunakan barang-barang dapur sahaja.
Buah Kembang Semangkuk
Kembang semangkuk, nama lain dia malva nut. Ada kandungan bassorin, bantu kurangkan radang pada sel badan anak. Selain dari meredakan batuk ia juga sesuai untuk meredakan demam.
Cara buat dia didihkan air kemudian letak 1 atau 2 biji kembang semangkuk. Biarkan ia mengembang dan warna air bertukar jadi warna seakan warna teh. Lepas tu boleh la kasi minum anak.
Dapatkan disini: Buah Kembang Semangkuk
Hilangkan Batuk Dengan Asam Jawa
Asam jawa mempunyai sifat anti-histamin yang membantu dalam merawat masalah selsema, batuk, dan alahan asma.
Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam.
Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati. Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.Jangan guna air sejuk atau tambah ais ye.
Dapatkan disini: Asam Jawa
Telur Asin
Siapa yang tidak kenal telur asin. Selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga berfungsi untuk merawat batuk. Jika anda atau anak anda ada batuk-batuk, berilah makan telur asin 2 kali sehari. Boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu je. InsyaAllah akan sembuh dari batuk lepas beberapa hari.
Dapatkan disini: Telur Asin
Sirih
Jika salah seorang dari keluarga anda ada yang menghidap batuk berdarah, cubalah resepi ni.
Ambil daun sirih yang baru sebanyak 25 helai. Pege sebesar ibu jari, lada hitam 7 biji, cekor sebesar ibu jari dan gula tebu 7 auns. Rebus semua bahan ni sehingga mendidih. Lepas dah sejuk ambil sesudu dan minum sebanyak 3 kali sehari.
Dapatkan disini: Sirih
Daun Kekabu
Ambil 5 tangkai daun kekabu dan cuci bersih. Ramas daun tersebut dengan air sehingga berbuih. Kemudian buang buih dan minum air tersebut. Minum tiap-tiap pagi sebanyak satu gelas. InsyaALLAH batuk anda akan hilang.
Hilangkan Batuk Dengan Kunyit
Jika batuk bertambah teruk dan tambah pulak gatal tekak sekali, cuba cara menggunakan kunyit. Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi. Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa dah cukup.
Limau Kasturi
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih. Caranya ialah limau kasturi tersebut potong dua kemudian letak kicap. Lepastu hisap je limau tu. Bukan sahaja elok untuk merawat batuk malah sakit tekak sekali. Jadi kalau ada sakit tekak tu pun boleh cuba cara ni.
Garam
Pergi je ke dapur dan cari garam. Isikan garam tersebut dalam air suam. Takyah banyak dalam setengah sudu besar je garam tu cukup. Kacau sampai sebati. Lepastu minum air garam tu da n kumur. Jangan telan pulak. Ni khas untuk mereka yang batuk-batuk dngan sakit tekak sekali.
Minyak aromaterapi
Essential oil atau lebih dikenali sebagai minyak aromaterapi oleh kebanyakkan orang dihasilkan daripada tanaman dan minyak tumbuh-tumbuhan yang berbau harum.
ia juga sesuai untuk dijadikan petua hilangkan batuk. Kalau ada yang tengah batuk tu, sapukan minyak aromaterapi ni di dada dan belakang badan.
Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Dengan Madu Dan Air
Madu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi serta mempercepatkan proses penyembuhan.
Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja. Minum sebelum tidur supaya tidak batuk time tengah malam. Biasa kalau batuk malam-malam ni perit nak tidur balik.
Air Suam
Ni cara paling mudah nak hilangkan batuk. Minum air suam banyak-banyak tapi jangan sampai kembung pulak. Janga minum air sejuk. Nanti bertambah teruk pulak batuk tu.
Kita batuk kerana kurang air dalam badan. Bagi yang batuk berkahak tu, minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Cara ini juga sesuai untuk hilangkan batuk pada waktu malam lagi-lagi time nak tidur. Sediakan sebotol air dan letak di tepi. Bila batuk je terus minum air suam tersebut.
Penutup
Sekian sahaja cara-cara tradisional untuk hilangkan batuk dengan cepat. Tapi sekiranya batuk anda masih berlanjutan dan tidak sembuh selepas menggunakan salah satu cara di atas, digalakkan terus berjumpa doktor.
Sekarang kerajaan ada tawarkan skim perubatan madani rawatan percuma untuk golongan B40 di klinik swasta.
Sebelum anda menggunakan cara hilangkan batuk menggunakan cara tradisional tu pastikan anda tiada alahan tertentu dengan barang-barang tersebut. Nanti takut lain jadinya. Batuk yang tidak elokk, penyakit lain yang datang.
Semoga perkongsian kami kali ini mengenai petua hilangkan batuk dengan bahan tradisional dapat menyembuhkan penyakit batuk anda. Semoga semua informasi dan ilmu pengetahuan yang diberikan ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.